Ads

Saturday, July 24, 2010

Diet la kunon..

Adeeeehhhh..semakin hari , semakin lebar ukurlilit badan aii. Terlebih sihat dah ni..hussshhh.. kus semangat. Bila la badan leh kecut balik cam dulu-dulu..adakah ini hanya impian belaka ?? Kalau beli JM5, alih-alih derang suruh control makan - kena diet dan yang paling benci sekali ialah exercise.
OKay..awal-awal, aii nak prektis kurangkan makanan berkanji dan melebihkan sayur-sayuran. Dalam erti kata lain, makan salad je lah..... percik sikit thousand island atas salad tuh

Dan bila minum pula, kena jenis buahan citrus. Doktor kata boleh potong lemak..amek je lah nasihat tu. Bukan rugi mender pun. Tapi, bila minum lime juice yang masam-masam sweet masa tengah hari buta tu..perghhh...heaven !!

Kena pula makan dan minum kat tepi tasik , angin bertiup berpuput-puput lembut, adehhh.. Memang boleh lentuk.
Tapi, aii tak tergamak nak tidur kat restoran orang..
Apa pun, ini mungkin..aii kata mungkin, permulaan untuk aii mulakan regime menguruskan badan...


Saturday, July 17, 2010

Cik-cik Nyet...

Hari Sabtu lepas, doter ada event kat OneAcademy in Penang. Ada drawing competition, and kebetulan,my doter ni memang minat art...So, aii sebagai ibu yang penyayang pun ikut sekali, nak beri support lah.. my abang, my akak ipar and their 2 sons came along.. sib baik ada mereka..kalau idak, memang tak sampailah doter aii kat OneAcademy tu..dan muncung dia nanti akan panjang cam muncung tenggiling untuk 3,4 bulan......
So, after dia dah masuk dalam bilik 'kurungan' melukis tu, aii followed my brother and his family jenjalan ..dah terawal sangat kat Penang tu, dan shopping malls hanya buka pukul 10am, kami pun pergi ke arah Botanical Garden. Lama gak tak pegi sana....last sekali pegi masa aii kecik tet, .. tinggi aii pun masa tu sama tinggi dengan cik-cik nyet, penghuni tetap Botanical Garden. So, aii tak tau pun, sekarang ni kena park kereta jauh....kendian kena jalan kaki masuk.. belum sampai entrance, peluh dah meleleh.
Bila jejak je masuk dalam BG nih, secara auto..rasa sayu..teringat kat arwah mak abah. Pasal last time aii datang sini, dengan mereka....dan kali ni aii datang dengan nephews dan their parents. Aii jenjalan slowly.. tengok pavilion, rasa cam dok zaman P.Ramlee je dalam cerita mAsam-Masam Manis... tapi itu kat Zoo Negara kan..isskk...nostalgia....


Jenjalan menyusuri BG nih...iskkk..iskkkk..teringat zaman dolu-dolu. Dok dalam kereta, sambil arwah abah drove pelan-pelan, menikmati flora dan fauna
Ni , aii sesungguhnya tak tau pokok apa..tapi tengok dari ukurlilit batang pokok nih..rasanya sama baya ngan umo BG. hmmmmm
Kendian aii jumpa pokok nih... my nephew kata pokok Ben10
dan nama pokok ni pula kebetulan nya ialah "Cannon Ball". Aii tak tau lak naper namanya gitu..tapi dekat hujung akar tu ada keluar bulat-bulat cam bola..dan meletup jadi bunga...heheh...pokok yang skema

Aii jenjalan lagi....dan jumpa musuh lama---- >>> cik-cik nyet. Huh...nih mesti dari keturunan yang kejar aii masa kecik dulu. Muka sepesen je

Ni nampak je baik...tapi cuba dok tengah pegang benda makan...memang tak cukup bumi nak lari dek kena kejar.
Aii pun jenjalan lagi, ada cik nyet tengah posed..gaya macho gitu..
Aii amek gambar jee..saja nak test camera hp.... hmm..bagus gak quality pic nih..
Hmm.. apa pun, I had fun kerana perut I sengkak dengan makan macam-macam. Dan yang paling best, dapat pekena nasi kandar Kassim depan Gamma. Nasi Kandar ni dah lama...dari zaman omputeh lagik kedai ni dah ada... arrghhhh...nostalgia lagik

Friday, July 16, 2010

No cake..only love...

Kalau dok tengok siaran MTV(Astro cahnnel 712) ..ada rancangan My Super Sweet 16 yang memaparkan anak-anak orang kaya perabih duit untuk celebrate birtyhday derang yang ke 16. Eleh...bukan setakat kat Amerika ja...kat Malaysia pun ada gak. Biarlah derang kan..derang mampu nak buat semua tu, derang nak flaunt kekayaan derang kat orang..biarlah kan. Kalau aii ada duit banyak macam tu, baik aii wat kenduri tahlil untuk arwah bonda dan ayahnda, kendian bagi makan anak-anak yatim dan orang miskin..seronok kan...
Memandangkan umo doter aii baru menginjak ke 16 semalam, dan aii pula baru berjumpa dia di SP tengahari tadi, memang dia quite sedih sket. Tapi nak buat camna, masa aii called nak wish dia semalam, dia masuk tido awal..Belaian perasaan lah tu.

Anyway, hari ni aii bawa dia keluar ke shopping mall, dia nak cari birthday present sendiri. That's her request. Dia dah pesan dia tak mahu apa-apa barang dari KL.. ada benda la yang dia dok 'usha' kat SP nih. And she got it today. Aii tak nak citer barang apa, kira OK lah.....

Lepas tu aii bawa dia makan-makan. Nak bagi lain sikit dari hari-hari lain, tetapi kat SP nih, tak de Victoria Station.. San Francisco Steakhouse..Tony Roma.. Italiannies..TGF....tak de tempat makan spesel, paling nampak grand pun setakat Secret Recipes. So, situ je lah aii dapat bawa dia, dia redha je..anak yang taat tu, bagus..bagus.

Apa yang dia teringin nak makan, aii bagi je lah. Dan dia teringin nak makan lamb..dan ada satu choice je - lamb shank dalam menu kat sini. So, itulah yang dia dapat... her birthday treat

dan makan ngan soft bun

As for me...mushroom soup kira OK..pasal lunch aii dah pekena nasi kandar Hussein......

And this is first time, birthday nya disambut dengan secara tersangat simple. Apa pun, asalkan dia tahu aii sayang dia, dan appreciate dengan apa yang aii dah sacrificed untuk dia.
Dan honey....
HAPPY BIRTHDAY TO YOU........

Tuesday, July 13, 2010

Boss...aii cuti ....

Dear boss.....
Untuk pengetahuan boss, aii akan bercuti hari Jumaat nih. Aii nak balik kampung kat Kedah. Aii dah janji ngan doter aii yang aii akan celebrate birthday dia yang ke 16 - my super sweet 16. Tapi aii sambut berduet ja ngan dia... Jadi boss, tak baik tau hampakan hasrat doter aii.. Dia betul-betul mengharapkan kepulangan aii pada hari tersebut.
Jadi, dengan itu boss...jangan lah cuba nak nyuruh aii wat apa-apa presentation untuk meeting Jumaat nih. Lagipun, tempoh 2 hari bos kasi kat saya memang kurang sesuai..kang, tak pasal-pasal aii kena tembak ngan Mr G pasal report kemungkinan incomplete. Ini penting boss, untuk diri aii...kalau Mr G tak suka ngan aii...aii tak dapat bonus masa Raya Puasa nanti.
Dan yang paling penting boss....heheh..boss dah lupa ka yang cuti aii, boss dah "approved" dalam eleave pagi tadi. Jadi..walau apa berlaku, aii tetap tak ada hari Jumaat ni. Kita jumpa dalam blog ni ajelah ..yer boss...

Monday, July 12, 2010

Tudung Syaaban...

Memang aii berniat nak wat entry dalam blog ni tetiap hari....tapi selalunya aii dah ter'enter' alam mimpi sementara nak connected to internet... yang aii tau,muka dah bercop ngan keyboards bila aii sedar, wat head-banging atau dok beratib depan screen pun kira dah nasib tersangat baik

Hari Ahad lepas, aii gi Jalan TAR.. lama dah tak pergi. Mahu dah dekat 6 tahun. Dulu aii datang sini pun, pasal pasar malam hari Sabtu tuh. Tapi kali ni, aii datang sini pasal nak cari tudung untuk doter. Punya banyak tudung aii beli kat dia, dakkkkk....dia berkenan juga tudung hitam tunggal tu. Pi Mid Valley,pakai tudung tu......pi KLCC, pakai tudung tu gak, pi berkelah..tudung sama gak, pi kenduri pun pakai tudung tu gak..iskkk..kang orang ingat aii ni mommy yang kedekut lak nak beli tudung kat anak.
(doter aii ngan anak sista aii yang kecik)
Memang bersemangat nak gi beli nih..aii siap heret both my sista ikut aii.. Normally, kami gi beli tudung kat pasar malam Bangi, tapi kali ni nak ubah selera lak..Nawaitu aii masa tu memang nak beli tudung kat doter. My eldest sista lak, pasal dia baru dapat baju kurung baru...so, dia nak cari tudung baru gak,...elder sista, dia nak gi jenjalan ja ikut kami.

Memang rambang biji mata bila tengok kaler dan design tudung tu kat arked di Jalan TAR nih, tapi aii ni quite fussy sket. Banyak kedai aii singgah, aii tak berkenan ngan material nya...aii nak bila pakai tu, kena jatuh lawa kat bahu DAN....harga murah !!!! Itu yang wajib.....

Dah lama dok banci peniaga kat arked-arked yang ada kat sini, aii terjumpa satu kedai nih. Memang best...kain best.. harga pun best..Pilih punya pilih..tau-tau dah dekat 10 lai aii dah beli..campur ngan both my sista tu sekali. Yess....dapat hasut my elder sista untuk beli tudung sekali. Aii pun boleh tumpang pakai.

Nawaitu aii nak beli untuk doter, dah berbelah-bagi plak.. Last-last...ni lah tudung aii beli untuk dotter
(malangnya, tudung hitam putih tu aii dah berkenan dan dah rasmi hari nih.....)

Untuk aii lak, aii pilih yang nih...

(rasanya yang stripes brown tu aii nak swap ngan doter)
My eldest sista punya (dah taste dia cam ni........)

Dan my elder sista lak pilih camni..... . Ceria sungguh pilihan dia..
Apapun yang pasti...nanti sebelum Ramadhan, aii nak datang sini lagi..nak beli tudung Syawal lak.... Acehhhhhh...cam lah aii ada baju raya baru........ Tak pe, cari tudung raya untuk doter (saja wat alasan guna nama doter, kurang sikit rasa bersalah nak ber shopping)

Friday, July 9, 2010

Potong Q....

Sebut pasal potong Q, rasanya semua orang mencik dengan pemandu yang tak bertata-susila di jalan raya. Mana tak berasap jiwa dan raga, bila punya la panjang dok beratur, kena pula tengah panas rembang....senang-senang ja orang nak potong turn kita. Kalau naik keta dengan kakak aii, memang dia akan hamboq punya..
Sepanjang aii dok naik keta ngan arwah abah aii, memang kena ikut undang-undang jalanraya. Jangan dok buat jalan tu macam jalan sendiri. Kalau tak boleh nak ikut undang-undang, tak payah pandu kereta. Bukan kita sorang je bayar road tax, orang lain pun bayar gak. Jadi, kena share-share lah ek....
Tapi, rekod bersih aii yang selama ni ikut undang-undang tercemar, bukan pasal aii potong Q tapi disebabkan aii naik kereta yang dipandu oleh kawan aii yang tak berhemah dan mempunyai nilai murni nih. Aii gelarkan dia si Giant Doraemon.
Aii memang akan naik kereta dengan si Giant nih dan kawan aii yang lain kalau nak gi lunch kat luar office. Si Giant nih OK orangnya, jenis kepala gila-gila....jadi kena paham-paham je lah ikut rentaknya. Sekali dua dia dok potong Q, aii dengan kawan aii lagi sorang ni senyap lah.tapi kami ni siap sorok muka dari dilihat oleh pemandu-pemandu kereta yang dok tengah Q. Walaupun bukan aii yang drive..tapi perasaan bersalah tu tetap ada.
Bila dah kerap sangat potong Q, aii dengan my friend berpadu tenaga popetz kat Si Giant nih. Dia gelak ja, ceh..memang jenis tak akan amek port dengan apa yang kami dok bebetz. Tapi bila kerap sangat kena bebetz, dia pun rasanya tak tahan lah kot.Maka Si Giant ni bagi tahu kat kami berdua alasannya yang tersendiri, mengapa dia selalu potong Q. Ini alasan dia - ikut cara dia bercakap lah: -
1) "Semasa saya bersekolah dahulu, cikgu saya pesan bahawa masa itu emas dan kita tak boleh bazirkan masa kita. Maka disebabkan itulah, saya mengambil keputusan untuk memotong Q kerana saya tidak mahu membuang masa saya di jalan raya"
2) "Saya cuba mengurangkan pencemaran udara di muka bumi ini. Tahukah, bila kereta kita membakar bahan api, ianya akan meningkatkan suhu dunia. Sebab itulah saya berusaha untuk cepat sampai ke tempat yang hendak dituju, agar saya dapat mengurangkan penggunaan bahan api"
Arggghhhhh....rasa cam nak tarik je rambut dia bila dengar alasan yang dia kemukakan. Memang alasan tu cam logik...tapi dah kedengaran berputar-putar dan berbelit-belit. Kalau semua orang dok bagi alasan cam ni, huh......hancur....

Tuesday, July 6, 2010

Meeting??..meeting!!...meetinggggggg......

Sebut pasal meeting, rasanya pasti ramai orang rasa lemao...lemah...kurang berkhasiat.. kena mesyuarat PIBG, koperasi, sukan, kelab ke..huh....tambah pula masa tu, pepagi hari tika baru kita nak warm up kat office atau dah masuk kul 4 petang..Tapi, tak kira lah, kalau mesyuarat tu best ke tidak, peraturan dan adab dalam mesyuarat tu tetap kena jaga..

Rasanya, memang dah termaktub, peraturan yang sering kali dapat dilihat semasa mesyuarat berlangsung- samada 'off' handphone atau activate kan silent mode. Tetapi jarang sangatlah orang nak ikut.. Aii tak tahu purpose derang tu kenapa...samada nak tunjuk derang tu ada handphone??? Kalau sekali buat, mungkin boleh dimaafkan..terlupa lah kot. Tapi kalau setiap kali masuk meeting, dok pasang volume handphone tu kuat-kuat...berangin gak...rasa sungguh kurang sopan. Sebut pasal orang yang terlupa, aii teringat satu kes yang berlaku pada my colleague. Pagi tersebut, quite unlucky day for everyone who attended the meeting. Tengah best-best dok bermesyuarat, our VP entered the room and joined us. Semua orang dah qapla jingga..dah tengok muka VP cam kelat je..kena pula masing-masing tiada pertahanan diri pada pagi tu. Untuk dijadikan cerita syahdu, semua orang tak kira snr manager...managers ke engineers ka dapat habuan masing-masing. Memang best.......perasaan malu kena marah dengan boss depan khayalak ramai pun tadak...pasal semua orang dapat sedassss....muka tonyok jeeee

Memang sunyi-sepi dalam meeting room tu, uk tidak...ik pun tidak, bila tetiba keluar

It's my life
It's now or never
I ain't gonna live forever
I just wanna live while I'm alive

Perghh...ada lak keluar lagu It's My Life dari Bon Jovi masa tengah kena marah...Macam nak melawan je lirik dia. Naa..aih..haihhh sapa yang tak activate hp ke silent mode. Jadi, al-kisahnya ,my colleague la yang jadi culprit nih, dok tersengih-sengih ngan muka gelabah baru nak turned off ringing tone. Nasib baik VP diam aja...kendian dia mula tersengih dan anggukkan kepala dia... faham kot maksud lirik tu. Yang orang lain semua, dok tertunduk tahan gelak...bukan apa..tak terkata ngan attitude kamikaze kawan aii yang sorang tu.

Moral of the story, kalau dapat boss yang memahami tak apa.... kalau tidak, siaplah korang nak kena **** dengann boss... Jadi, paham-paham je lah salah satu protokol ketika bermesyuarat..

P/S: Aii sangat sayang dan salute habis VP aii tu. Salah seorang orang yang aii respect dalam company nih...




Monday, July 5, 2010

Ulat kat muka ??..eeewwwww......

Betoi ka ada ulat-ulat kat bawah kulit muka ekk?? Selalunya, ulat-ulat kat muka ini dikaitkan dengan resdung. Orang kata kalau seseorang tu mempunyai kes jerawat yang teruk..semuanya disebabkan resdung ni lah... ada yang sampai kes hidung tertanggal (aii tak tahulah boleh tertanggal hidung..tapi itu apa yang orang cerita........).

Yang nyebabkan aii nak bercerita pasal resdung ni ialah bila intan payong gunung meletop aii called last night, bercerita tentang rawatan resdung yang dia buat kat my hometown. Abang aii tolong bawakan dia, pasal dah rawatan kat klinik tak bagi sebarang impak langsung. Yalah, tak salah mencuba kan??.....

So, my doter citer, masa dia buat rawatan tu, ulat-ulat halus cam benang kaler putih terkuik-kuik keluar dari muka. Kalau induk ulat tu, kata doter, kalernya merah.. isskkk...sejak bila doter aii ni jadi penternak ulat berjaya ekk?? Tapi ulat-ulat ni takan hilang serta-merta...mau dekat 6 bulan, baru boleh sembuh.. Itu yang tok moh tu cakap. Itu logika, memang ya, pasal telur-telur yang ada kat muka tu belum menetas lagi..erkkkk.. kesian aii dengar citer doter, tapi aii paling kesian tengok dia dok bersin memanjang, sampai ke tahap yang ekstrim, dia mengadu muka dia sakit bila disentuh.. sabar lah ye yang...Tapi yang aii confused nih, celah mana ulat ni datang..kalau kat perut memang faham...segala macam cacing ada....ewww....ewwww...ewwwwww...........

Rawatan susulan kat rumah, tok moh tu soh dia kunyah kapur sireh dan air liur tu digunakan untuk sapu kat muka.. Kata tok moh tu lagi, nanti segala parut akan hilang dan kulit muka jadi gebu.. Logik gak, pasal kapur sireh tu kan panas...memang mengelupas kulit kang... huh.. tak yah beli facial cleanser kat Watson lagi nih.

Jadi,sekarang ni, bila aii rasa muka aii cam nyit..nyit gatal, aii rasa ngeri dan geli...dok tengah bayangkan ada ulat nak keluar dari muka...ewwwwww.....

Friday, July 2, 2010

LapaQ PasemboQ...

Semalam aii balik darik keja kul 12 tengah malam...pagi ni , aii berangkat sekali lagi ke opis... this is the life of macai... redha...redha...... Penat tu, jangan cakaplah...boleh mau tumbang gak nih.
Nak dijadikan cerita, everytime bila aii naik/turun kat LRT Station Taman Bahagia
, confirmed aii akan menjeling tanpa sangsi lagi,kat van pasemboq yang selalu dok parking kat taman depan stesen LRT nih. Memang ramai orang dok beli rojak pasemboq kat mamak nih. Kena pula makan bawah pokok nan rendang, ditiup angin sepoi-sepoi bahasa....perghhhh.. Tapi aii belum pernah tengok orang dating kat sini lagi...tak romantik lah kot

Jadi, selama ini dok telan air lior je, aii tetiba teringin nak makan rojak pasemboQ mamak ni hari nie.. Jadi aii pun jengok-jengoklah muka aii kat van tu.. First customer wehhhh....bangga aii menjadi pembawa wejeki buat mamak nie. Tengok apa ada...

Tu dia...cucoq pasemboQ nih ha.. meronta napsu makan aii
Nala punya merah sambal soton dia......
Kiranya pasemboq mamak ni dah dapat cap mohor dari pencinta makanan. Sama level ngan pasemboQ SS15 Subang Jaya nun...
maka aii pun wat pesanan - mee rebus satu ngan rojak pasemboq ngan soton beserta ngan cendoi.. haloba sungguh....plus cendol satu mangkok..tapao nak makan kat opis.
Hasilnya...............................................................

Untuk pasemboQ..tengok soton dan telo ngan cucoQnye
Nampak coQ udang eay!!!! dalam mee rebus dia
memandangkan aii makan ngan kawan kat ofis.. jadi juadah nih dihidang dalam bekas polistrin, bukan dalam pinggan pyrex atau correll. Nak amek gambar pon kena closed-up...nak cover bekas pakai buang nih.
Kesimpulannya, Alhamdulillah..rezeki.. Sesapa nak cuba, dipersilakan.. Van mamak ni parking kat taman depan Stesen LRT Taman Bahagia. Turun dari stesen tu, dah boleh nampak. Mamak ni meniaga dari kul 10 am sampai kul 5 petang

Thursday, July 1, 2010

Masquerade party

Sesapa pernah pergi Masquerade costume ataupun Mardi Gras party tentu dapat melihat variasi baju yang dipakai berkaler-kaler. Normally, baju yang dipakai macam zaman Cinderella atau Snow White, yakni baju yang diameter skirtnya 2 meter tu... ataupun baju yang meleret-leret sapu lantai. Ataupun, senang cerita...semua orang nak jadi puteris dan puteras zaman dolu-dolu.
Dah ada baju @ costumes lawa-lawa, kena pakai lak masquerade mask yang banyak bulu-bulu pelepah terlekat kat topeng tu... Bulu ayam...bulu merak... segala bulu-bulu pelepah mergastua kat hutan habis kena cabut dek mask nih.
(topeng ni anda leh cari dalam online)
So, jadinya cerita, company tempat aii keja ni nak wat camni lah... mulanya nak dinamakan Mardi Gras..tetapi dah kali selidik dibuat, dapat lah tahu Mardi Gras ini ialah perayaan agama.. er.. korang check sendrik lah dalam Wikipedia.. Jadi atas tuntutan pihak surau , tema itu ditukar ke tema Carnival..Yang aii nampak untuk Carnival ni, macam sarkis lah...pakai clown...jadi magician...sort of.
Aii nak jadi Gipsy girl...pakai beads macam-macam kalers. Pasal aii tahu semua orang nak jadi princess, so aii pilih something different

(inilah yang aii pakai, tapi at the end, beads tu aii sangkut kat leher ja..payah nak makan bila beads dok terjurai depan mata )

So..jeng..jeng..jengggg...pada hari berkenaan, bertempat di Palace of Golden Horses.. humang haihhh.....aii rasa haluihhhh sangat bila tengok operators bahagian pengeluaran berpakaian lebih glamer dari aii.. Depa pakai evening dresses yang 'gojes' dan sekseyyyy....rasa cam bukan gi Carnival, tapi macam gi kelab dangdut wehhhhhh.....
Nasib lak partner yang datang ngan aii jadi Mahalaja Hindustanihei, huih...aii upgraded dari gypsy jadi ahli sihir lak....yang jahat nyer..ngehh..ngehh..ngehhh...
(kat kepala tu, mulanya ada bulu ayam gedik-gedik, dek kena hujan, lumpuh terus kegedikan)

Dalam dok sibuk amek gambo orang, terlupa nak amek gambo dirik sendrik. Tapi aii tak worried, pasal ramai photographer yang mintak nak amek gambo aii ngan Mahalaja tu.. Aii rasa glamer gitooooo............
Anecdote : Payah gak nak ngarang cerita ye.... nasib baik SPM dah lepas. Kalau tidak, entah berapalah yang aii dapat untuk paper BM