Di KL ni pun, hujannya jarang-jarang..tetapi paling aii suka bila hujan bila waktu malam, rasa masa tido tu dah masuk gear 5. Mercun meletup selepas pukul 12 pagi semasa Deepavali tempohari pun aii tak sedar heheh (itu apa yang my sis cerita ler.....).
Tetapi yang tak berapa beshnya, bila time pagi masa aii nak gi kerja, hujan masih belum berhenti. Sengsara nak melepaskan bantal dan selimut. Tapi aii gagahkan semangat dan fizikal aii.. Hujan yang turun, bagaikan mutiara (layan lagu Hujan dendangan Allahyarham Sudirman) jap....
Tapi apapun, aii tetap bersyukur, kerana dengan hujan inilah yang sebabkan udara pagi kat KL ni jadi bersih... dan paling pentingnya, debu-debu letusan Gunung Merapi termendap dan tak memberi sebarang impak di tanahairku tercinta.... Amin...
My colleagues ada bertanya, mana satu yang aii suka.....hujan atau panas ... jawapan aii very simple - aii bersyukur dengan semuanya.. ada kelebihan dan kekurangan di dalam hujan dan panas tu.. so, no complaint
Tetapi sejak, 2 menjak nih......bila aii sampai opis.....memang hati aii akan jadi banjir dan panas gak. Berkecai gak bila projects aii terbantut..huhuhu..
.Ni, aii tak tahu la homo sapien mana yang gatai amek pic aii masa aii ngah panas hati dok berdebat nih....tapi aii nak upload gak dalam ni.. sebagai bukti , mengapa dan kenapa , aii jarang update entree dalam blog aii - boleh aii guna alasan busy ??? heheheh
No comments:
Post a Comment