Ads

Friday, November 19, 2010

Rezeki di Eid Mubarak....

Pertama kali dalam sejarah aii, menyambut Eid Mubarak dengan penuh kesederhanaan. Rasanya, belum pernah lagi aii merasai kesederhanaan macam ni - tiada ketupat, tiada nasi himpit, tiada rendang malah tiada apa pun juadah istimewa di atas meja di pagi 10 Zulhijjah yang lalu. Lagipun, pada pagi tu, hanya aii, my doter and my sister sahaja ada di rumah.
Tetapi .....itulah yang dikatakan rezeki menggolek .. Amin..... Jiran sebelah rumah aii jemput kami bertiga datang beraya ke rumah dia. Wehhh..dapat gak makan ketupat, tosei (kuah dal dia sedap woooo) dan kemuncaknya >> makan laksa !!!! Sedap...sedap...... Lepas tu, pak menakan aii lak called, soh balik kampung aii kat Mengkuang...
Lunch dah dapat, petang sikit, jengah jap kat rumah mak menakan - Mak Ngah , PakSu aii sekeluarga pun ada. Wehh...dapat daging korban gakk.. tapi paling best, dapat dinner ngan relatives. Hidangan kami bersumberkan daging korban yang menunya ialah sup daging/tulang, daging rebus ngan air asam, ngan daging goreng kunyit .. perghhhhh ..walaupun hidangan nya simple tetapi , kena lak Mak Ngah ngan MakSu yang masak ...lelehhhhh.....
Aii nak abadikan gambar relatives aii - bukan senang nak dapat gambar macam ni lagi (saja nak bagi seorang tu yang dok kat Jerman tu jeles hahahahha). . Best wooo makan berhimpit macam nih..baru boleh bermesra. Jap..jap..baca doa makan dulu .. Apapun, buntal gak aii malam tu ..

Saturday, November 6, 2010

Mar Ya Marhabannnnn......

Ni, nak dekat cuti sekolah ni, soheh ramai yang melangsungkan perkahwinan mereka kan ekkkk.. Tapi rasa memang best bila dengar alunan Marhaban kat rumah pengantin tu kan. Click sini wehhhh...hmmm rasa cam nak kenduri kahwin se round lagi je hehehhe

Banjir di hatiku...

Alhamdulillah...setelah hampir seminggu AlorSetar dan Kangar dilanda banjir, dah ada tanda-tanda air makin surut. Haisyy...memang tak dapat aii bayangkan kebanjiran yang menimpa di negeri asal aii. Syukur, nasib baik banjir tak melimpah ke Sungai Petani. Tetapi, apapun, aii rasa.. semua orang kena ambil langkah berjaga-jagalah.. Ada makna tu di sebalik musibah yang berlaku.
Di KL ni pun, hujannya jarang-jarang..tetapi paling aii suka bila hujan bila waktu malam, rasa masa tido tu dah masuk gear 5. Mercun meletup selepas pukul 12 pagi semasa Deepavali tempohari pun aii tak sedar heheh (itu apa yang my sis cerita ler.....).
Tetapi yang tak berapa beshnya, bila time pagi masa aii nak gi kerja, hujan masih belum berhenti. Sengsara nak melepaskan bantal dan selimut. Tapi aii gagahkan semangat dan fizikal aii.. Hujan yang turun, bagaikan mutiara (layan lagu Hujan dendangan Allahyarham Sudirman) jap....
Tapi apapun, aii tetap bersyukur, kerana dengan hujan inilah yang sebabkan udara pagi kat KL ni jadi bersih... dan paling pentingnya, debu-debu letusan Gunung Merapi termendap dan tak memberi sebarang impak di tanahairku tercinta.... Amin...
My colleagues ada bertanya, mana satu yang aii suka.....hujan atau panas ... jawapan aii very simple - aii bersyukur dengan semuanya.. ada kelebihan dan kekurangan di dalam hujan dan panas tu.. so, no complaint
Tetapi sejak, 2 menjak nih......bila aii sampai opis.....memang hati aii akan jadi banjir dan panas gak. Berkecai gak bila projects aii terbantut..huhuhu..
.Ni, aii tak tahu la homo sapien mana yang gatai amek pic aii masa aii ngah panas hati dok berdebat nih....tapi aii nak upload gak dalam ni.. sebagai bukti , mengapa dan kenapa , aii jarang update entree dalam blog aii - boleh aii guna alasan busy ??? heheheh

Friday, October 22, 2010

Pergi dengan bulan, balik pun dengan bulan

Bukan aii tak nak update entry dalam blog aii, sumpah.. aii nak. Tetiap hari, aii dok ketuk keyboard lappy nih lepas aii balik kerja, tetapi selalunya juga, muka aii dah imprinted ngan keyboard nih dek selalu sangat tersembam atasnya. Penatnya wehhhh....mungkin faktor usia agaknya ekk..
Mungkin gak aii ni yang terover-over kerja, sehinggakan pepagi sesudah subuh pukul 6 pagi aii dah ke ofis, dan baliknya bila jam digital tu dah tunjuk pukul 21.oo pm . Hmmmmm.. ibarat pergi kerja nampak bulan, balik kerja pun nampak bulan.
Hari tu, aii dapat balik awak kiranya dalam kul 7 malam, aii dah berada di kawasan Bangsar Utama.. hmmmm..macam ni rupanya kawasan tempat tinggal aii bila malam menjelang ekkk... cantik gak Apsal aii tak perasan pun sebelum ini. Hmm.. sejak pada hari itu, aii akan sentiasa melihat dan menghargai pemandangan alam sekitar samada di waktu pagi, tengahari, petang atau malam . Masya Allah.... cantiknya alam. Aii cuba melihat pemandangan dari perspektif mereka yang seperti baru pertama kali menjejak kali ke KL, dan di dalam pemikiran mereka mesti berkata...wahh...cantiknya....so beautiful. Memang aii tak menafikan langsung. Dan bayangkan, mereka yang kehilangan deria penglihatan, sudah tentu tidak dapat melihat suasana pemandangan seperti kita. Aii bersyukur kerana masih diberi rahmat untuk melihat dunia ini. Alhamdulillah.....

Thursday, October 14, 2010

Jom Steamboat di Jom Priok...

Doktor dan pakar penasihat makanan mengatakan bahawa salah satu cara yang baik untuk mengawal berat badan ialah dengan mengurangkan makanan yang berlemak dan berminyak. Cara nak memasak sudah pastinyaa dengan merebus atau membakar makanan tu.. Jadi, bila aii dapat jemputan untuk makan steamboat, aii dengan secara automatiknya tanpa perlu berfikir lagi terus setuju. Ye lah...bila orang nak belanja makan, rasanya tak ada siapa nak menolak nye....
Jadi, setelah merancang selama 2 hari, dan I gak yang sibuk browsed dalam internet surveyed tempat makan steamboat yang halal, maka dengan jayanya I jumpa restoran steamboat yang located near to my office. Dulu-dulu, ada Restoran Kelana Seafood..tapi sekarang dah tutup. Dah ada bangunan lain dah menggantikan tapak restoran tu.
Ok..ok..balik semula ke cerita asal pasal makan steamboat. Jadi, my colleagues and I merancang nak bergerak ke sana selepas kerja..kira-kira dalam pukul 6.15pm . Jadi dalam 10 minit sahaja, kami dah selamat sampai ke Jom Priok yang terletak di dalam Giant Mall Kelana Jaya. Tak sempat aii nak ambil gambar depan kedai..pasal perut masing-masing dah mendidih lapar.
Jadi, pada malam tu, colleague aii belanja steambot buffet style - makan sampai muntah darah (itu yang colleague aii cakaplah). Maka, serangan atas makanan pun bermula.Curah semua balls ngan seafood dalam kuah sup dan tomyamCakap pun tak guna. Tengok dalam periuk yang kuahnya menggelegak...sama naik gelodak dalam perut kami...perghhhhh..udang terapung !!
Tengoklah kawan aii...makanan dok depan mata, memang confirmed dia tak akan toleh kiri kanan. Khusyuk ngan tawaduk sekali.. errr..err... yang pakai baju hitam tu still available. Sesiapa nak berkenalan, boleh lah contact aii... Itu Yow arr... jenis tak reti marah orang, asyik gelak je...kena marah pun boleh gak gelak lagi. Dan errr..err.... dia lah yang belanja aii pada hari tu. Kiranya makanan di sana OK.. ada ice cream - 6 jenis lagi. Ada ayam madu....ada nasi goreng Cina..buah...seafood pun banyak..kiranya acceptable lah. Dan er...kat sini ada bilik special yang boleh berkaraoke lagi..kami ingat nak berkaraoke, tetapi dah kenyang, jadi cam ular sawa je...dok melingkar atas kerusi
Thank you Yow... lain kali belanja aii lagi !!!!!!

Sunday, October 10, 2010

Brutal dalam kelembutan...

Brutal ? Lembut ? Macam tak padan je. Tak kisah...kerana apa yang aii tak suka ialah orang yang nak berlagak brutal. Tak semestinya brutal tu, bermakna percakapan tu pun kena guna ayat *** . Nope.. apa lagi kalau yang nak berlagak brutal ni, ialah dari kaum sejenis dengan aii. Lagi... lagi lah tak sesuaiii...
Hari tu, aii masuk satu chat room nih ...okay lah dok hai..hai...hello..hello.. Elok-elok je semua chatters tu dok berkicau kat main post, ada seorang chatter ni tetiba je dok cakap tut..tut..**** . Wahhh... baik punya ayat. Aii perhatikan saja, ngan other few chatters tegur dia supaya guna bahasa yang lebih sopan. Makin melawan, siap ngaku kata dia brutal. Hahh...moyan ler tu.
Hehehe....macam dia seorang je brutal ? Orang lain tak brutal ? Aii pun brutal gak, tapi percakapan aii tak pernah seiring dengan perkataan **** . Kalau my arwah mum masih ada... mahu digosoknya sabun ka dalam mulut aii .. guna sabun Cap Kapak yang berbuku kaler hijau tu.. hmmmmm..

Monday, October 4, 2010

Kenangan Silam

Tetiba je aii rasa sayu... walaupun otak aii gila-gila, tetiba ada kalanya, aii skema gak. Skema bila terkenangkan arwah bonda yang telah meninggalkan kami lebih dari 6 tahun lamanya.
Diikutkan hati, rasanya memang belum puas lagi nak bermanja dengan arwah ayah dan bonda. Rasa cam nak lari jer ke dalam pelukan mereka, bila aii menghadapi masalah. Rasanya, bukan aii seorang je.........rasanya semua siblings aii pun mempunyai perasaan yang sama... Huhuhuhuhuhu.. Al-Fatihah