Ads

Friday, November 19, 2010

Rezeki di Eid Mubarak....

Pertama kali dalam sejarah aii, menyambut Eid Mubarak dengan penuh kesederhanaan. Rasanya, belum pernah lagi aii merasai kesederhanaan macam ni - tiada ketupat, tiada nasi himpit, tiada rendang malah tiada apa pun juadah istimewa di atas meja di pagi 10 Zulhijjah yang lalu. Lagipun, pada pagi tu, hanya aii, my doter and my sister sahaja ada di rumah.
Tetapi .....itulah yang dikatakan rezeki menggolek .. Amin..... Jiran sebelah rumah aii jemput kami bertiga datang beraya ke rumah dia. Wehhh..dapat gak makan ketupat, tosei (kuah dal dia sedap woooo) dan kemuncaknya >> makan laksa !!!! Sedap...sedap...... Lepas tu, pak menakan aii lak called, soh balik kampung aii kat Mengkuang...
Lunch dah dapat, petang sikit, jengah jap kat rumah mak menakan - Mak Ngah , PakSu aii sekeluarga pun ada. Wehh...dapat daging korban gakk.. tapi paling best, dapat dinner ngan relatives. Hidangan kami bersumberkan daging korban yang menunya ialah sup daging/tulang, daging rebus ngan air asam, ngan daging goreng kunyit .. perghhhhh ..walaupun hidangan nya simple tetapi , kena lak Mak Ngah ngan MakSu yang masak ...lelehhhhh.....
Aii nak abadikan gambar relatives aii - bukan senang nak dapat gambar macam ni lagi (saja nak bagi seorang tu yang dok kat Jerman tu jeles hahahahha). . Best wooo makan berhimpit macam nih..baru boleh bermesra. Jap..jap..baca doa makan dulu .. Apapun, buntal gak aii malam tu ..

Saturday, November 6, 2010

Mar Ya Marhabannnnn......

Ni, nak dekat cuti sekolah ni, soheh ramai yang melangsungkan perkahwinan mereka kan ekkkk.. Tapi rasa memang best bila dengar alunan Marhaban kat rumah pengantin tu kan. Click sini wehhhh...hmmm rasa cam nak kenduri kahwin se round lagi je hehehhe

Banjir di hatiku...

Alhamdulillah...setelah hampir seminggu AlorSetar dan Kangar dilanda banjir, dah ada tanda-tanda air makin surut. Haisyy...memang tak dapat aii bayangkan kebanjiran yang menimpa di negeri asal aii. Syukur, nasib baik banjir tak melimpah ke Sungai Petani. Tetapi, apapun, aii rasa.. semua orang kena ambil langkah berjaga-jagalah.. Ada makna tu di sebalik musibah yang berlaku.
Di KL ni pun, hujannya jarang-jarang..tetapi paling aii suka bila hujan bila waktu malam, rasa masa tido tu dah masuk gear 5. Mercun meletup selepas pukul 12 pagi semasa Deepavali tempohari pun aii tak sedar heheh (itu apa yang my sis cerita ler.....).
Tetapi yang tak berapa beshnya, bila time pagi masa aii nak gi kerja, hujan masih belum berhenti. Sengsara nak melepaskan bantal dan selimut. Tapi aii gagahkan semangat dan fizikal aii.. Hujan yang turun, bagaikan mutiara (layan lagu Hujan dendangan Allahyarham Sudirman) jap....
Tapi apapun, aii tetap bersyukur, kerana dengan hujan inilah yang sebabkan udara pagi kat KL ni jadi bersih... dan paling pentingnya, debu-debu letusan Gunung Merapi termendap dan tak memberi sebarang impak di tanahairku tercinta.... Amin...
My colleagues ada bertanya, mana satu yang aii suka.....hujan atau panas ... jawapan aii very simple - aii bersyukur dengan semuanya.. ada kelebihan dan kekurangan di dalam hujan dan panas tu.. so, no complaint
Tetapi sejak, 2 menjak nih......bila aii sampai opis.....memang hati aii akan jadi banjir dan panas gak. Berkecai gak bila projects aii terbantut..huhuhu..
.Ni, aii tak tahu la homo sapien mana yang gatai amek pic aii masa aii ngah panas hati dok berdebat nih....tapi aii nak upload gak dalam ni.. sebagai bukti , mengapa dan kenapa , aii jarang update entree dalam blog aii - boleh aii guna alasan busy ??? heheheh