Ads

Tuesday, September 28, 2010

Pot Luck Raya

Siapa pernah gi jamuan pot luck ? Alah..kira macam , jemputan kena bawa makanan dari rumah masing-masing. Memang best, pasal kalau kata ada 30 orang jemputan, maknanya ada 30 jenis hidanagn tersedia. Kalau kata ada 100 jemputan, ada 100 hidangan.. perghhhhh..... alah, takkan nak makan dalam kuantiti banyak, nak cuit sikit-sikit je. Ada 100 hidangan, memang tak habis nak merasa pun.
So, tempohari. my friends and aii rancang nak buat jamuan Hari Raya Aidil Fitri, tetapi diikutnya, ada ramai kaum hawa kat office mahu dijemput. Tak dijemput kang, ada yang kecil hati kang, tarik muka masam lak. Nak dijemput, budget tight pulak. Tapi kalau tak buat, kami ni nak gak beramah mesra dengan kaum hawa dari team yang lain. Kenal muka, tapi tak kenal nama - memang ramai.
Al-kisahnya, kami pun merancang nak buat jamuan Hari Raya ala pot luck . Maka bermulalah sessi menghantar jemputan via email, sambil tu diletakkan list makanan yang sesapa nak bawa pada jamuan tersebut. Hmm...seorang letak nak bawa ketupat, kendian ada sambungan orang lain nak bawa rendang ayam, lepas tu ada lak orang lain nak bawa rendang kerang, ada nak bawa spaghetti je, orang lain pula bawa kuah spaghetti bolognese dan at the end makin meraban menu yang nak disediakan pada jamuan tu, cakap pun tak guna, tengok je..campur lagi . Ada pula cupcakes yang ditempah special untuk jamuan nih .
Maka bermulalah operasi menyerang dan juga menyantap sambil dok berbincang tentang makanan yang ada dan sessi bertukar resepi - standard lah bagi kaum hawa. Tak ketinggalan gak, kami menjemput secretaries company yang mewakili 5 department yang besar - depa ni memang supportive ngan kewl - tengok tu Irene ngan gaya PDiddy hehehe... memang dia best. Aii seperti biasa, nak gak interframe, muka orang kenyang tuh, kalau ikut ular sawa, memang tahap melingkar Perut kenyang, hati senang

Friday, September 17, 2010

Bestnya Nasi Kandar

Al-kisahnya, 2 hari sebelum Hari Raya yang lepas, aii bersama kakak aii berangkat pulang ke kampung halaman di SP, Kedah.. Pepagi sesudah Subuh, kami sudah berangkat dengan biskut-biskut raya dan baju/ kasut raya . Penuh but kereta tuh. Tapi itu takde hal.. Yang penting, kami selamat pergi dan balik.. Paling best bila nampak papan tanda ni dah terpampang kat depan mata
Memandangkan bila kami dah sampai pun, dah masuk tengahari, so aii decided nak beli je juadah berbuka puasa nanti.. Tak larat aiihhh nak memasak.
Memandangkan sekali-sekala balik kat Kedah nih, jadi menu berbuka puasa ialah nasi kandar kat Restoran Hussin nun.. iskk.. nala punya ngancam kuah kari..kena pulak terselit di sinun telur ikan besaq-besaq...perghhhh...
Tetapi aii nak bercerita gak, peristiwa ketika aii tengah beratur nak beli lauk untuk berbuka puasa bersama family..dan waktu yang aii beli nih baru kul 3 petang. Aii malu gak nak beli.. pasal rasanya awal sesangat pun.Tetapi yang tak bestnya, di kalangan lelaki yang beratur membeli nih, ada yang siap ordered nasi kandar berlauk berbungkus dengan air teh ais lagi.. nak kata untuk berbuka puasa.. iskk lagi 4 jam. Boleh cair teh es tu sementara nak tunggu azan maghrib. Tengok muka derang pun..jenis selamba je. Hmmm..apa lah nak jadi?? Tak ke nanti orang akan fikir bebukan....

Friday, September 10, 2010

Raya ...raya.....

Sehari sebelum raya, kebiasaannya akan menjadi hari yang paling sibuk antara semua hari-hari di dalam setahun. Dari lepas sembahyang Subuh, aii ngan my sister akan memulakan pemburuan kami mencari limpa, daging, ayam, kerang dan bahan-bahan memasak. Segala rempah, bawang, halia,lengkuas, daun kunyit semua-semua tu, aii dah beli sesiap di KL. Parah ooo..kalau nak cari semua tu last minute. Ye lah, nak cari bahan, nak masak, nak ngemas lagi rumah..memang tak cukup masa 12 jam tu. Alhamdulillah, semua bahan-bahan tu telah selamat disempurnakan menjadi hidangan di pagi raya di rumah aii di kampung di Sungai Petani, Kedah.
....closed up sket. Aisyy...ada lak 2 botol ubat kat sebelah hidangan bih. Anyway, tu saja nak bagi ingatan sikit kat sesapa, supaya jangan makan berlebihan sangat. Hidangan di pagi Raya merangkap sarapan pagi sebelum pergi sembahyang Raya. Hehehe..berat perut weh.....Untuk semua yang bertandang ke rumah, memang kami hidangkan makanan yang sama - rendang daging, gulai ayam, rendang kerang, kuah kacang, sambal hitam limpa, ketupat daun palas dan nasi himpit.
Untuk yang nak ringan-ringan, makanan yang berasaskan tepung atau nama lainnya - biskut dan kek Raya disusun di ruang tamu rumah. Senang sikit nak jamu bebudak yang datang beraya di rumah - sambil dengan itu mereka mendapat duit raya. Setahun sekali kan.....Ada ibu kek kat kepala meja - masa aii bebudak dulu, aii selalu jeling-jeling ibu kek yang ada kat rumah orang bila aii pergi beraya, Tapi tak pernah dapat makan, pasal depa bagi alasan, ibu kek untuk hiasan je, bukan dimakan. Tapi aii tak nak buat macamtu kat bebudak yang datang, tak baik kan. Buat apa nak ditunjuk kepada orang, kalau hanya sekadar boleh dipandang tetapi tak boleh dimakan kan..kan....
Apapun, aii nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin untuk semua muslimin dan muslimat


Saturday, September 4, 2010

Nak Rayaaaa.....

Kurang seminggu lagi , umat Islam seluruh dunia nak menyambut Raya..Malaysia Sale carnival pun sama naik meng'extend'kan jualan sampai lepas Raya..pandai-pandai. Oreng keja gomen dah dapat duit Raya RM500 - Alhamdulillah..sekurang-kurangnya ada gak kan..lepas lah budget nak beli ayam, daging, kerisik, santan, bawang, pulut, daun palas dan macam-macam lagi..Alah... takan RM500 tak cukup. Jangan membazir...bersyukur laa...
Tengok cam aii.. satu sen pun tadak. Harap duit gaji ja. Lagi sadisssss..Uwaaaaa !!!!!!!!!!!!!!!!!!!