Ads

Sunday, June 27, 2010

Pink Coach....

Uih...betul ke penumpang Pink Coach KTMB tu dah 35,000 orang semenjak dilancarkan 2 bulan lepas? Depa dah tolak dengan sesetengah kaum Adam yang buat tak paham bahasa dan terus masuk menyelit dalam Pink Coach tu ??
Aii tak pernah naik Pink Coach KTMB lagi, pasal tak de tuntutan nak gunakan lagi.., tapi dok dengar orang cerita pasal koc nie.. termasuklah ngan bro in-law aii... yang kejanya jadi pilot KTMB.
Walaupun, koc ni dikatakan untuk pompuan, tapi dok dengar orang cerita, ada gak lelaki yang buat tak paham dan redah masuk dalam Pink Coach ni. Takde kesedaran sivik betul lah. Kalau yang tersilap dan tak tahu tentang prosedur Pink Coach ni, masih dimaafkan lagi.......... tetapi kalau dah ada orang beritahu kat depa ni, tapi depa ni masih buat muka toyo... memang patut kena humban dari koc ni je
Cakap pasal ni, aii teringat bro in-law aii cerita, masa tu, ada seorang petugas KTMB dalam commuter train dapat tahu ada lelaki dalam koc wanita nih..so, insiek petugas ni pun pergilah kat mamat ni... Dia cakap " Encik... koc ni untuk wanita sahaja...orang lelaki kena guna koc biasa".. and that guy buat donno .. huh..attitude yang betul-betul bagi semua orang berasap..
Insiek petugas ni pun beritahu dengan penuh hormat meminta mamat ni keluar dari koc itu.. dan mamat ni pun berulang kali buat donno.
Kendian, bila tren dah nak sampai ke stesen yang mamat ni nak turun, mamat ni dengan selambanya kata kat insiek petugas ni " Oh, koc ni untuk perempuan je ye". Maka dengan selambanya insiek petugas ni balas balik "Kenapa ? Encik ingat encik dalam Syurga ke tadi??" Hah!! Served him right.. .
Kalau aii ada kat situ..memang aii dah rah..rah....jadi cheerleader untuk insiek petugas tu. Kalau anda berada semasa insiden ni, apa yang anda akan lakukan........


Saturday, June 26, 2010

Cuti-cuti ujung minggu

Yes...yes...dapat gak bercuti di hujung minggu. Mual ahhh dok kat ofis setiap sabtu dan ahad. Kali ni, kakak aii ajak bercuti ke Genting Highlands...dengan semua accomodation di tanggung. Alahhh.... kompeni kakak aii buat family day kat sini, aii jadi tukang selit je... Kami dok kat Awana Hotel....sejuk wehhh.. dah dengan kabus, baru lepas hujan, kendian angin pula bertiup bukan lagi berpuput-puput dah..mahu terbang je rasanya.. tengok dalam gambar aii pun, habis tudung pun berkibar-kibar...


Kendian, aii naik atas lak, gi Theme Park untuk jerit-jerit lakkununnya nak hilangkan tension... Mula-mula berenti kat main buai pusing-pusing... Amek nafas jap, sambil cuba evaluate tentang kemampuan aii nak menjerit.

Yup, yang ni aii tak kan jerit tapi aii penin.... Cuba space shooter lak...



OK..yang ni boleh tahan.. tapi pasal dah masa kerusi ini diturunkan dari paling atas, tudung aii tutup muka.. jadi aii tak nampak apa...tak terasa gayat lah. Tahu-tahu...dah ada kat bahagian tengah.
Nak main lagi yang lain... tapi games yang ada pun sama gak seperti 5,6 tahun yang lalu... jadi tak lah aii teruja sangat... kewl la konon...
Kendian, aii nampak lak ikan dok berenang keliling satu batu nih..heheheh ikan koi ni pun teringin gak nak naik buaian pusing-pusing tu. Terpaksa manually pusing-pusing sendrik ekk ikan....


Wednesday, June 23, 2010

Sate best

Baru-baru ni, aii terasa teringin sesangat nak makan sate.. Memang sate ni sedap dimakan, tapi kekadang tu bengang gak pasal terlalu ramai yang nak jual sate, derang tak ambil port tentang kualiti rasa. Pernah aii beli sate kat nearby to my house, rasa cam makan 'minyak gas'. Daging sate nya rasa tersangatlah 'plain' so kiranya aii dah blacklisted la penjual sate tuh.

Masa aii kecik-kecik dulu, arwah bonda aii akan buat sate untuk jamuan birthday abang dan arwah abah. Self-made !!! Bagaimana arwah bonda akan perap daging ayam ngan daging tu dari pagi sampai petang....perghhh..bayangkan segala rempah jintannya dah mesra ngan daging.. sedap .... Itu lah kualiti yang aii carik bila aii nak makan sate..

Buat masa ni, sate yang menepati citarasa aii ada 2 tempat je - satu kat Sungai Petani dan satu lagi kat Seksyen 7,Bandar Baru Bangi.

Peniaga ni dok jual sate depan Restoran Sup Urat Ketin. Satenya memang perghhhhhhh. Aii tak de nak komplen. Sate ni di'grilled' on the spot, bukannya dibakar tempat lain, dan dipanaskan kat gerai.

Harganya satu cucuk 60sen, tetapi potongan dagingnya berpatutan dan agak besar. Kiranya berbaloi lah. Dagingnya memang lembut, kena pula ada bahagian yang ada lemak tu, memang aii sukaaa........ (",)..saja nak tambah lemak di badan!!!!
Kalau tak mau makan sate, boleh try sup kat Restoran ni. Orang kata sedap... salah seorang peminat sup ni khabarnya Dato Dr Fadzilah Kamsah. Tapi aii tak pernah try lagi.. Insya Allah, one day aii nak cuba..
Tapi bila aii datang sini, aii tetap terlupa nak try sup kerana godaan bau satenya !!!!!


Tuesday, June 22, 2010

Alasan....

Handphone - salah satu gajet keperluan dari yang tua sehingga yang muda. Zaman aii muda remaja, handphone ni masih dok dalam kotak cam briefcase. Tangan sebelah dok jinjing beg handphone. Walaupun membebankan pasal kena carry around ke hulu ke hilir, tapi ...glamer wehh..... bukan semua orang ada...
Tapi la ni, handphone makin kecil. Dan orang yang menggunakan handphone ni pun, dari yang tua hinggalah yang kecik. Macam aii gak, pakai untuk diri sendiri satu, untuk anak aii satu. Aii pun musykil gak apa yang menyebabkan aii boleh bagi anak aii pakai hp nih..Tapi dulu, arwah mommy aii pernah cakap kat aii, soh bagi hp ni kat anak aii, bukannya apa, senang nak call anak dara aii kalau dia pergi aktiviti tambahan kat sekolah ke , atau masa dia gi mana-manalah. Dan anak aii pun dok bagi alasan yang sama kalau dia nak guna hp... macamana dia boleh dengar alasan tu pun tak tahulah
Kemudian, hari tu aii dok bersembang-sembang dengan counterparts aii dari US. Macamana ntah, terkeluar gak topik pasal handphone nih. Depa citer, anak depa yang teenagers tu pun dok minta nak pakai hp. And the reason they gave to their parents was similar dengan apa yang anak aii dok cakap kat aii. Lepas tu, kami mula terpikir, why ye.... teenagers ni mempunyai alasan yang sama to own their own cellphonesand also for other things Adakah terdapat website dedicated for teenagers ni berdiskusi dalam memberi alasan-alasan untuk parents derang ekk ??
Huh... maka, dengan ini mak bapak seantero dunia pun kena buat website khas bagi berbincang untuk membalas proposal dari anak-anak remaja mereka

Sunday, June 20, 2010

Bonda pernah berpesan...

Aii nak list down pesanan bonda aii , manalah tahu one day in the future, my doter terbaca blog aii ni, so boleh refresh balik apa aii dok popetz kat dia selama ini. Ingat senang ka nak popetz pada anak dara zaman sekarang, dia boleh buat derkkkk ja, tetapi aii tak peduli, aii nak physco dia habis-habisan
Nak jadi perempuan ni, kena
#1 Kena jaga tingkah laku, jangan dok hu..ha..kat tepi jalan, bergelak, berpeluk tampar dengan lelaki bukan muhrim macam orang baru kena ecstasy
#2 Bila berbicara, bibir menguntum senyuman yang ikhlas (bukan menggoda). Volume suara tu kena control, jangan sampai orang yang berdiri 50 meter pun boleh dengar apa kita cakap. Tapi jangan cakap suara perlahan sangat macam cakap dalam kelambu. Kang jenuh orang pulak orang nak paham. Jerit is a no..no...
#3 Bila duduk, kena rapat-rapatkan kaki. Tak payah nak buat free show kat orang. Jangan buat perangai cam Sharon Stone hehehe...
#4 Bila makan, suap sedikit-sedikit. Bila mengunyah, mulut bertutup dan tak berbunyi..cap..cap.... Jangan dok bersembang dengan mulut penuh dengan makanan. Kurang sweet laa.....
#5 Berfikir dulu bila nak bercakap. Pastikan apa yang kita cakap tu, tak menyakitkan hati orang yang mendengar( dalam erti kata mengumpat mengata kat orang tu tak bolehlah)
#6 Bila berjalan, kaki kena rapat gak (seperti tatasusila #3)...macam gerabak keretapi pulak kalau jalan mengengkang. Tak perlu jalan macam orang nak berkawad, cuba buat catwalk sket.
#7 Kena ada dalam rumah sebelum pukul 7 malam (time Maghrib tu weh...). Tak payah lah nak ukur jalan kat Malaysia ni. Kita dah ada juruukur Majlis Perbandaran.
#8 Dan nama perempuan tu, belajarlah memasak,mengemas rumah dan sewaktu dengannya.... bila kawin nanti, tak lah kalut
#9 Bila nak ketawa, tutup mulut...jangan sampai nampak gigi. Nak bagi nampak feminin, tutup mulut dengan 3 hujung jari yakni, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis....memang ayuuuuuuuuu. Jangan mengilai, kang orang ingat ada hantu lampir dok melepak berdekatan....

Adoi...banyak lagi pesanan bonda kat aii. Nak kena refresh nie...

Saturday, June 19, 2010

FOR THE REST OF MY LIFE maher zain

False eyelashes.....

Hari ni, aii nak citer tentang aktiviti kesukaan aii....exercise dengan cara window shopping.. benda ni memang ghalit...tahu-tahu dah keliling satu Midvalley, berapa kilometer dah jalan pun tak perasan. Tapi aii adalah insan biasa.. kekadang tu terbabas juga intention nak ber 'window shopping' dah tertukar jadi ber'shopping' ...
Hari tu masa weekend, aii gi MV... pasal aii nak cari novel 'Paradise' dari Judith McNaught. Rasa-rasanya, aii dok mencari novel ni kat MPH la..Kinokuya la.. ada la dekat 1 tahun tapi tak jumpa gak.. Sebenarnya, aii pernah beli novel tu sebelum ni, tapi dah hilang. Dah tak ingat siapa yang pinjam tak reti nak pulangkan balik.. Sedih weyyy...jalan cerita dia memang best...aii selalu berangan yang aii jadi heroin dalam novel tu.. ada hubby yang handsome, macho dan kaya lagi romantik hehehe..kan aii kata..berangan jeee......

So, masa on the way menuju MPH, aii terlalu depan Shu Uemura boutique yang memang famous ngan false eyelashes nya. Secara automatik, aii teringat Rozita Che Wan .. dan tetiba je, aii gatai nak try pakai false eyelashes, ..mana tahu jelingan dan renungan aii boleh jadi ngancam cam Cik Rozita.. kan.......After all, there is always a beginning in our life....

So, aii terus sambar 3 sets. .. tamak aihhh....

Malam tu, aii attended dinner..ngan kawan lama aii masa belajar dulu. Aii pun cuba-cuba pakai bulu mata palsu nih..hehehe aii rasa cam tak sesuai lak pasal aii rasa mata aii dah jadi cam mata unta

Apa pun, aii rasa aii tetap gorgeous tanpa false eyelashes...memang Allah dah cipta semua makhluk Nya dengan sempurna.. Alhamdulillah...

Friday, June 18, 2010

Malaysia talak miskin....

Aii bukan dengar ceramah politik atau nak berpolitik dalam blog ni... Tapi ini kisah benar, yang buat aii terpikir 4,5 times, since 7.45 pm till now...

Kisah bermula, bila ada sorang nyonya naik bas sekali dengan aii. masa aii balik dari ofis. Mula-mula, semua penumpang bas tu termasuk dengan aii dok melayan jiwa masing-masing, bila tetiba nyonya tu membebel sensorang..nada suara kuat gak, jadi aii pun turut menyibuk nak dengar apa yang maknya tu dok berletiaq. Boleh juga ada topik untuk aii popetz dalam blog ni

"Mahathir manyak baik ooo...dia tunjuk kat Jepan, kita juga kaya.. Saya pun kaya...tapi pasal dulu-dulu Jepan bawa saya masuk Malaysia, saya mahu Jepan bayar balik sama saya untuk balik China.. Malaysia talak miskin....."

Dan bila aii naik LRT Kelana Jaya, maknya tu pun ada sekali... dan sekali lagi, dia memperjuangkan 'Malaysia talak miskin....saya nak Jepan bayar duit pada saya balik China" di dalam koc LRT.

Public just laughed at her, but as for me, walaupun maknya tu menghadapi masalah 'short circuit' di sel-sel dalam kepala dia, tetapi semangat patriotiknya berkobar-kobar dalam jiwa raga dia.
Sesungguhnya, aii terkedu.................

Thursday, June 17, 2010

Dear blog...

Dear blog,
1) Semenjak 2 menjak nih, aii ngantuk sangat... Bukan buat apa pun, nak mengarang dalam blog aii je.. kalau suruh popetz memang laju.. tapi apa pun, ikut mood... Moral of the story, tido kena bagi cukup ..if not...... huduh sungguh kalau tertido di khayalak ramai


2) Ada terbaca dalam akhbar mengatakan panggilan bos adalah kurang sopan. Ini dinyatakan oleh Penasihat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) Prof Emeritus Abdullah Hassan . Jadi my colleagues and I rancang nak panggil 'tauke' kat manager kami...dah tak boleh panggil bos lagi dah !!!!


3) Lunch tadi makan pasembor kat kantin ofis..tetiba je teringat pasembor n mee rebus kat Kedai Mee Taulat kat Sungai Petani Kedah...menjejer air liur wehhhhh.. Hujung bulan, confirm kena balik SP..
..

Tuesday, June 15, 2010

Iskkkkk..

Confirmed...lain kali tak boleh lewat makan malam... Pepagi buta, perut dah berbunyi. Hingga dalam meeting room pun, macam terasa bunyi-bunyian tu cam kat Battle of the Band je. Nak cover malu, aii purposedly goyang-goyangkan kerusi bagi keluar bunyi kreok..kreok... Tak taulah, kalau depa tu nak percaya atau tidak dengan lakonan aii yang tak kena tempat. Aii terpaksa buat buat muka inesen, kononnya nak maintained ayu...tapi dah mamat-mamat sebelah aii dok senyum-senyum, aii tak boleh ngelak...harus juga lemparkan sengihan berbisa

Masuk time tengahari, my colleagues and I planned nak gi makan lunch kat luar...tak laratlah nak makan cafe kat bawah tu. Sebut pasal nak cari tempat makan, memang colleagues I akan susah hati..ye lah, pasal dah derang ni non-muslim, jadi kalau aii ada, takan derang nak bawa aii makan kat restoran yang served non-halal food.. Kekadang tu, aii kesian gak ngan derang, aii pernah suruh derang pegi sendrik..tapi derang tak nak...derang nak drag gak aii ni pegi lunch sekali..drang kata kesian kat aii pulak.. memang dok lawan kesian lah. Apa pun, colleagues aii memang best... buat kerja nak buat sama-sama, makan pun nak sama-sama, kena marah dengan bos pun sama-sama... Inilah yang dinamakan teamwork.
So, we've decided to go to McD...kununnya nak makan yang simple. Aii pesan McValue meal , total kena bayar dalam RM6.25. Sambil makan, kami sembang-sembang pasal kriteria yang dikehendaki oleh lelaki dalam mencari awek..Aii bukannya minat ngan perempuan, tapi dah kawan-kawan aii ni semuanya kaum Adam, dan mereka selalu menghadapi masalah ingatan yang aii ni perempuan. Apa pun, aii takde hal...joined gak ngan topik tu....boleh bagi opinion dari perspective seorang wanita
Sembang punya sembang, nampak pak polisi trafik dok tengah menyelit surat cinta warna pink jambu kat kereta-kereta yang parking kat tepi jalan depan Kelana Parkview. Apa lagi, memang kalut lah..pasal kawan aii tu salah seorang yang wat illegal parking. Apa pun...memang kami tak bernasib baik...kereta kawan aii dah kena ngan kesalahan code no 2 , yakni parking tepi jalan..kononnya obstruction pada lalu lintas lah.
Aii cuba-cubalah nak pujuk polis tu..haipp..bukan rasuah tau. Aii cuba praktikkan gaya Puss in boots tapi polis tu wat derk...bolayan.. Adehhhh, tak cukup skill lagi aii nih. Takpe, kena balik practise lagi depan cermin. Apapun, yang aii tahu, hari ini aii berjaya makan burger McD yang termahal, harganya ialah satu set Value Meal filet Ofish + saman polis (in the name of teamwork , kami 4 orang share bayar saman keta kawan aii). Bye bye gone... huhuhu....Moral of the story, tak payah nak jimat dua,tiga ringgit... just bayar parking laaaaa.



Sunday, June 13, 2010

Pad Krabrau Kai (Nasi padprik campur daun basil Thai....)

Fuhhhh.....what a day !!!! I have survived my 1st day of the week without my boss around . Best gak.. dia balik Bali, kampung halaman dia. Anak-anak buah dia kat ofis cam nak sambut Mardi Gras je. I have another 4 days to go with tons of work loaded to my shoulder and needed to be settle by this Friday, also with the sharks who are just waiting the right time to bite on me during meeting...it's so fun.. And I dont care !! Anyone dare to bite me, I'll bite them back...grrrr...... !!! Depa ingat depa ja ada gigi ...

Empunya badan nak cerita lagi pasal benda makan.. topik pebret nih.....Semalam, empunya badan kiciwa 100 persen dengan hidangan kat restoran ****. Jangan dok percaya sangat kalau orang dok cerita kat TV kata makanan kat sini sinun sedap sampai terpejam pejam mata..kononnya sedaplah ... Kali ni, empunya badan headed to Buna Cafe (lokesyen nya kat Kelana Mall, Kelana Jaya...untuk mudahkan citer..cafe ni betul-betul di depan The Brothers. Empunya badan paling suka makan Pad Krabrau Kai (chicken padprik with Thai Basil leaves). I love the dish sooooo much. It is something similar like chicken padprik..but what makes it different is, because of its unique flavour, thanks to the basil leaves added to the dish. When you chewed the leaves, you can smell the fragrant...you can taste the flavour..it's a hmmmmmmm..and ahhhhh.... Pertama kali, empunya badan makan padprik masak macam ni ialah kat Bangkok...er....in Navanakhorn to be exact. Sebenarnya, masakan padprik nih, ikut lokesyen...daerah. Yang kita dok selalu makan padprik kat warung Thai tu, dimasak ala Thai Selatan. Yang empunya badan suka makan ni, ikut ala Thai Tengah. Depa ni suka letak daun basil Thai (selasih ...) dalam makanan depa. Makanan ini dihidangkan dengan nasi putih ngan sambal belacan... khawwww......Apapun, sebagai tanda ingatan, empunya badan sempat 'snap' gambar makanan pebret ni supaya dapat dikenang dan ditenung bila perut tengah lapor. Alah...tengok gambor tu bukannya payah beno, ini adalah makanan dengan Zero calorie and fat free. And as for dessert - ada pengat durian. Setelah pengat durain tu dah selamat sampai ke dalam perut , baru empunya badan sedar...gambao belum di ambil..macamana nak tenung bila tengah lapar. Apapun, the food really made my day.
Dan seperti biasa, I just need 'teh ais' to quench my thirst (it is very warm tonight). My 'teh ais'..heheheh I love you bebeh...

Saturday, June 12, 2010

Popetz ??....

Empunya badan suka menyebut Popetz... Popetzzzz???Pelikkan bunyi nya.. Tapi itu adalah singkatan pok..pek.. Apa pulak pok..pek... ? Senang cakap...bunyi orang berleter (nagging), tetapi minus ayat-ayat yang memberatkan minda. Tapi bukannya empunya badan nak berleter kat sesiapa pun.. empunya badan nak berceloteh je, dengan menggunakan jari jemari menekan kibod. Tetapi sebelum tu, kena buat buat genggaman jemari Popetz...uuuhhhhhh... I just love to pronounce Popetz... on how you have to exercise your mouth - PO...and then PETZ... Rasa cam ceria je..
Hmmm..sekarang ni malam Ahad...penyudah kepada minggu yang lepas. Lagi 2 setengah jam je sebelum masuk pagi Isnin... Duduk sensorang kat rumah ni memang tak besh....takde teman nak ajak popetz...jadi, terpaksalah empunya badan activate kan jari jemari dengan lebih laju...bagi gear 5. Buhsan gilerrrrrrr........nya.... Kalau pekena teh es memalam yang malap nih memang best..Isskkk.....Nak cari teh es la..kat gerai di depan Mydin Restaurant kat Bangsar Utama. Memang perghhhhhhh.
Cakap pasal mende makan, empunya badan teringat kesah makan tengahari di sebuah restoran 'Ikan Bakar ***** kat Kelana Jaya. Yang noleh teringat nak pegi sana pun, pasal dulu tengok dalam Warung Kita, ada pomot restoran nih....Tergoda lak gak pasal Farouk Hussein sang the umphhhh.. and the ahhhhh about the food served in here. But, as for me, I wont propose it to you guys. Dengan dihidangkan nasi sejuk (macam nasi semalam jee...), ikan bakar sejuk (pun macam dibakar a day before) dan kuah asam pedas yang sejuk....... there is no thrill at all..Tobat, tak mau pi lagi dah. And I've got to taste teh C special - kira cam minuman signature restoran nih... I'm not sure whether it was cendol or ice tea.. Maybe , because the drink is added with caramel and 'coconut milk'..huh... I am confused now..

Nyam..nyam...slurpppp


Salam dan hye....

Empunya badan tengah buhsan tahap cipan....ini dah merbahaya nih ,kerna empunya badan suka makan bila buhsan. Tu yang lemak kat badan makin tebal..tapi tak kisah lah...empunya badan bukannya model atau sewaktu dengannya.. Tetapi, janganlah amalkan selalu... kesihatan kena jaga....Sayangilah Diri Anda (promote jap kempen Kementerian Kesihatan Malaysia) Sebulan sekali, bolehlah kan..heheheh...saja nak sejukkan hati je
Empunya badan memang ske gi kat CB Mid Valley..kiranya pelanggan tetap le. Jejak jer ke dalam kedai, barista dah siap masuk bancuhan white cokelat (tu dalam pic tuh) ngan es dalam blender. Ada yang best, dan ada yang tak best nyer kalau barista dah siap bancuh ayaq pebret nih. Yang besh....empunya badan dapat ayaq pebret ni dengan cepat....orang yang datang lagi awal dari empunya badan soheh jeles pasal empunya badan tak yah tunggu lama-lama dan dapat es blended ni dulu. Tapi yang tak besh......empunya badan tak boleh nak terai ayaq lain...pasal tak tergamak nak lukakan hati barista yang nampaknya eksaitet gila bila dapat bancuh ayaq pebret sebelum empunya badan nak bukak mulut.
Tapi apa pun, ayaq yang empunya badan paling siokkkk.....teh es. Yang ni nak kena pekena bila matahari tengah tercacak kat ataih...nikmatnyer...perghhhhhhhhhh... ayaq laju jer mengalir deras membasahi tekak yang kering kontang. Itu bab tengahari. Kalau pepagi, kena carik kopi O kampung....kalau ada ubi rebus cicah nyoq atau sambal ikan bilis, kena pulak pagi tu hujan turun ...marveles....!!!!!!!!!! Tapi la ni, nak makan macam tuh...kena bayar beb... boleh tahan gak harga sarapan macam tu sekarang ni. Empunya badan masih teringat ubi kayu bakaq...first time makan kat kampung di Bukit Mertajam...mak menakan dapat ubi kayu punya la banyak...dan free, jadi nak pelbagaikan makanan berasaskan ubi kayu ni...ada ubi kayu rebus, ubi kayu bakar, pengat ubi...bengkang ubi... empunya badan jadi tukang bedal...memang terer tak yah di ajar
Pst: Anyway folks, if you are tempted with the drink and the cake, just go straight to your nearest Coffee Bean and Tea Leaf cafeThe slice of cake and the ice-blended coffee will cause you 5 hours brisk walk, so that you can burn back the calories you've consumed...dont say that I didnt remind you the cons...