Ads

Sunday, August 29, 2010

Cantiknya bunga-bunga

Semenjak dari awal Ramadhan sehinggalah kelmarin, aii tak jejak kaki gi Mid Valley. Jadi semalam, tetiba tergerak hati nak pegi sana. Sambil-sambil tu boleh beli bahan-bahan nak buat biskut raya. Dah elok sangat lah time cam ni, sehari satu jenis, sementara nak sampai Raya, sempat gak ada 10, 15 jenis biskut nih. Tapi rasanya, separuh dari 10,15 jenis biskut tu dari kes bakar biskut di rumah orang yakni order dan beli.
Bila sampai je kat Mid Valley tuh, aii teringin nak tengok apa lak decoration theme kat Centre Court tu. Raya..raya....jangan diletaknya pokok krismas udah ler.. Sampai je kat centre court..wehhh...cantik sangat.. banyaknya bunga-bunga orkid. Ada yang tergantung, ada yang terjuntai dan ada yang kat atas lantai.
Mekar sungguh gubahan bunga-bunga orkid nih..kalau boleh rembat letak kat rumah masa raya nanti..mesti marvelous kanPutih, maroon , hijau, kuning cair sikit-sikit...ahhhhhh klasik
Ada plak tumbuh-tumbuhan hijau, diselit gak bunga-bunga orkid , kalau nak jalan, kena selak daun lerMiang badan kena daun camnih
Dalam dok belek-belek bunga nih, aii ternampak pokok periuk kera. Salah satu fungsi periuk kera nih...boleh guna hidang air untuk orang yang datang beraya kat rumah. Habis guna - buang. Tak de sindrom-sindrom kanser lak guna periuk kera nih, dibandingkan ngan cup polistrine tuh..Hehehe..dasyhat tul aii nak guna periuk kera ganti gelas.
Apa pun..aii tetap nak ambil gambar kenang-kenangan dikelilingi ngan bunga-bunga nih..Interframe jap di kalangan bunga-bunga nih

Tuesday, August 17, 2010

Puasa dalam demam

Sedar..tak sedar, hari ni masuk hari ke-7 umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Termasuklah aii yang tanpa disedari, demam selsema tak kebah dari sebelum puasa hingga hari ni. Sepanjang 7 hari berpuasa, aii dah demam 3 hari ..aishhhh..dugaan sungguh.
Hidung aii dah jadi cam Rudoplh, rusa krismas Santa Claus tu... iskkk. Sakit kepala tu, jangan cakap lagi...tahap agung dah tuh. Siap kalau aii berdiri, aii nampak kedudukan bumi ni 45 degree. Kalau aii berjalan, rasa cam tak jejak bumi. Tapi.....................posa tetap aii posa. Bagi aii, selagi memudaratkan aii sampai nak kena masuk hospital....aii goooooooo...teruskan berpuasa. Setahun sekali wehhhh!!!
Iskk...masa sakit inilah tetiba aii jadi sayu dan syahdu teringat arwah bonda...iskk..iskk.. Kalau arwah bonda masih ada, nanti dia urut-urut dan taruk-tarik rambut bagi buang angin. Tentang makan, nanti arwah bonda akan buatkan sup yang letak rempah banyak-banyak....ala, macam sup mamak Restoran Pelita kat KLCC tu. Badan confirmed berpeluh, silap haribulan dalam beberapa jam je, demam ke, sakit kepala ke terus kebah. Huhuhu...rindunya kat arwah bonda. Hanya surah A-Fatihah dapat aii iringkan dalam doa untuk kedua arwah bonda dan ayahnda setiap kali selepas solat.
Nak kerana nak meng"update" blog walaupun dah tahap ketinggalan zaman, harus jugak aii gagahkan diri untuk menaip, walaupun aii nak angkat jari pun tak larat. Apapun, doakan aii cepat sembuh, dan seterusnya aii dapat masukkan entry aii setiap hari, takpun 2 kali sehari ye....

Wednesday, August 11, 2010

Jamu Mandara

Kali ini aii nak bercerita tentang Jamu Mandara yang khusus untuk kaum Hawa je. Bukan aii pelopor jamu nih, tetapi kawan aii masa sekolah dulu di St Nicholas Convent Alor Setar Kedah yang empunya resepi jamu nih.
Nak jadi cerita, kawan aii nih masih dapat me'maintain'kan rupa paras dia dari zaman anak dara hingga dah beranak-pinak. Masih kulit tegang, ngan badan yang masih slim..weh..perempuan mana yang tak nak macam tuh. Jadi, nak dijadikan cerita lagi, ramailah dok tanya rahsia nya. So, kawan aii pun mengambil inisiatif nak mengkomersialkan jamu keturunan dia nih. Memandangkan, kawan aii nih si Azliza Ahmad, dok jual hanya pada kawan-kawan rapat, kali nih dia ambil step ke depan sikit. Dia nak jual pada orang ramai. Jamu ni , dia dapat stamp of approval dari Kementerian Kesihatan Malaysia (dia tayang dalam facebook dia).
Aii pin teruja gak nak try, mana tahu boleh montoks dan kiyut. Satu botol Jam Mandara nih ada 80 biji. Makannya 1 biji pagi dan 1 biji lagi waktu malam. Telan ubat nih sebelum breakfast dan dinner. Kiranya, satu botol nih boleh tahan 40hari ler.....
Masa 4 hari pertama aii makan jamu nih, Ya Rabbi.... aii punya jadi layu, mata pun kuyu, kat ofis aii jadi haru-biru. Kiranya, body aii tengah cuba nak adapt dengan bahan-bahan jamu nih yang terdiri dari 33 jenis akar kayu.
Masuk hari ke-5, badan aii punya lah berpeluh bila aii berjalan kaki..tak pernah jadi macamni. Walau aii exercised kat gym pun, peluh aii tak banyak camni, cam tangki pecah je. Bahan kumuhan yang dok bertapa kat usus perut aii macam kena simbah bahan pelincir. Memang aii dapat rasakan perut aii , agak lembut sikit compared dari dulu.
Tak mengapa, aii nak try sampai ke tahap yang aii rasa confident kalau nak promote kat orang. Ni bulan puasa nih, mungkin lagi cepat kut hehehe...body aii turun. Dah lama ngidam dah nih...

Saturday, August 7, 2010

Benda apakah ini??....

Recently, counterpart aii, Steve Crochiere dari States turun ke Malaysia. Kalau dia datang, memang aii ngeri ..bukan sikit lagi dah..berlambak-lambak punya ngeri. Colleagues aii siap nak apply cuti sepanjang Steve nih ada kat Malaysia. Jawatannya sebagai Director, memang lah agak seram sejuk sikit. ..... However,dia seorang yang sangat cool. Dia tak meletakkan dirinya ke tahap yang tinggi sehingga orang bawahan tak boleh nak approached dia. Pepagi buta, dia dah tercacak berdiri sebelah meja aii dengan senyum lebar. Dan aii pun akan tertunduk-tunduk kepala...bukannya apa, mata aii silau dengan biasan cahaya lampu di kepalanya yang licin tuh. Aii curioused gak, tanya dia tu natural botak atau apa..dia bagi tahu, dia shaved kepala dia 3 hari sekali hehehe...kiranya dia nak buat gaya ala Hitman ler tu
Steve nih, kiranya easy going, semua on je kalau ada outdoor activities. Memang suka sangat hal-hal mendaki. Jadi, masa dia datang ke sini, kami rancang nak bawa dia mendaki ..bukit je. Tahap stamina kami setakat bukit je, belum cukup skill panjat gunung macam si Steve nih. Tapi orait lah...bawak je, dia pun tak kisah. Tapi aii last minute ada hal lain pulak, jadi tak join sekali expedition Steve nih.
Kawan aii bawa Steve naik hutan yang dekat-dekat Zoo Negara tuh. Tak tahu lah aii, hutan mana satu yang dia pergi. Confirmed kawan aii tu redah je bawa...bukannya Steve tu tahu pun hehehe.
Sepatutnya tujuan ekspedisi ni ialah untuk melihat matahari naik - maknanya time Subuh kena ada sana. Steve ni tak kisah lah, pukul 4 pagi dah exercised kat gym. Kawan aii ni lak yang terbabas tido. Tapi mat salleh ni positive thinker, semuanya "it's OK...."
Jadi, masa sepanjang mendaki bukit dan jungle tracking nih, memang Steve teruja lah...ye lah..kat San Jose, hutan bukit dia berlainan sedikit. Jalan 100 meter, dia berenti ambil gambar...jalan sikit lagi, ambil gambar..dan yang paling dia teruja bila tengok cendawan nih..katanya..unique sekali. , bagi aii pulak cendawan nih sempat gak wat crochets. Sejuk kot dok dalam hutan tuh. Tapi itulah yang dikatakan ciptaan Allah S.W.T . Bila bukak Wiki, terjumpa lah spesis cendawan nih - basket stinkhorn namanya. Hanya terdapat di Asia Tenggara je...dalam Wiki tu dinyatakan yang cendawan ini boleh dimakan dan popular di kalangan kaum Cina, tetapi harganya agak mahal. Hehehe..kalau aii tahu, dah lama aii keliling hutan tu cari cendawan nih. Boleh la, buat lepas belanja dapur. Yang aii hanya tahu pasal cendawan kayu yang jenis halus-halus tu, bila digoreng dengan serbuk jintan... perghhhhhhh..
Dulu orang-orang kat kampung pendalaman je makan pasal boleh dikutip kat batang-batang kayu lepas hujan - kiranya bahan mentah free, tapi sekarang nih taraf dah diangkat tahap hotel. Satu pinggan pun dah cecah RM10. Iskkk..nak bukak bisnes cendawan lah

Thursday, August 5, 2010

Bulan puasa dah nak mai....

Insya Allah, ada lebih kurang 6 hari lagi nak masuk bulan Ramadhan. Memang inilah bulan yang paling aii suka. Bulan yang semua umat Islam boleh kutip points bebanyak antara semua bulan dalam setahun. Harap-harap tahun ni, aii dapat beribadah dengan sempurna bersama dengan keluarga tersayang...kesian kat doter aii je...dia dok jauh dari aii tahun nih huhuhu...
Tak sabar rasanya nak balik berpuasa di kampung halaman aii di Kedah. Terasa cam flashback ke zaman masa aii belum cukup umor. Kiranya kalau tak puasa pun, tak payah ganti..Tapi yang tak bestnya, arwah bonda suka masak sedap-sedap masa berbuka. Perghhhh...4,5 lauk terhidang atas meja..tak campur lagi ngan kuih lagi. Tapi siapa yang tak berpuasa, arwah abah tak bagi berbuka sekali, kena tunggu wehhhh sampai semua orang dah halfway makan, baru boleh join. Tobat aii..semenjak hari tu, aii memang berpuasa habis. Sumpah...tak bohong. Tak payah nak bodek kata nak bagi upah duit raya. Tak jalannya ..pasal zaman aii kecik-kecik dulu, semua budak-budak bukannya materialistik.
Sebut pasal Arwah bonda, memang arwah pakar memasak..anaknya yang ni sahaja yang malas nak timba ilmu dulu. Kalau tidak, udah tentunya, 4atau 5 lauk yang dimasak sendiri terhidang untuk juadah berbuka. Tak macam sekarang...4,5 jenis lauk yang dibeli di bazaar Ramadhan jee...
Rumah tempat aii dan siblings aii membesar
At last, tumbuh gak rumput carpet kat halaman rumah. Dulu aii punya la susah payah cangkul buang rumput yang banyak kemuncup tu, pasal aii target nak tanam rumput carpet. Nak bagi rumah lawa..jadi bila laman rumah dah togel, aii pun penuh semangat tabur biji benih rumput carpet nih. Cehh...sekali datang burung-burung pipit berduyun-duyun datang serbu rezeki yang tak dijangka ni. Sebiji macam ayam-ayam kampung serbu nasi sejuk .
Mahu melolong aii...punah cita-cita nak ada rumput carpet. Luckily, my neighbour mengetahui niat aii, dia pun passed lah 3,4 tompok rumput carpet kat aii. Maknanya , aii kena tanam, sebaris-sebaris. Kulit aii jangan katalah, rentung dek bekerja dekat 2 minggu tengah panas terik. Tapi hasilnyajangan tak percaya, rumput ni aii dah tanam dekat 20 tahun, baru jadi macam nih...tak subur kot tanah nih ekkkk
Dan bunga paling aii suka tanam nih, orang panggil bunga jepun..kiut je. Macam-macam kaler.
Dan nak menanam pokok bunga Jepun ni pun, perlukan kesabaran pasal ini makanan kegemaran "snails". Tahu-tahu bangun pagi je, batang pokok ni dah tumbang

Tuesday, August 3, 2010

Picasa...is my sucasa

Seperti mana kata-kata dari 'colleague' aii, dia mula mengenali Picasa dari kawan-kawan perempuan. Katanya, perempuan lah peminat no#1 Picasa nih. Kenapa, katanya lagi perempuan perlukan Picasa untuk meng"uprade" rupa paras mereka. Betul ke??
Aii cuba try jap untuk menghilangkan jerawat di muka..iskkk..gebuu je.Takde kedut lak tuh, cam kena suntik botox. Heheheh..tak nak lah kelentong orang. Biar orang bila tengok gambar aii, dapat tengok muka aii yang real, 100% original....sumpah, tak tipu!!!!
Apa pun, aii tetap gunakan Picasa nih..kat ofis. Nak touch-up pics yang aii ambil, maklumlah, gaya photographer memang tak ujud dalam diri aii. Tak de seni........

Sunday, August 1, 2010

Arghhhhh..tensennya

Beberapa hari ni memang aii tak berpeluang nak meng 'update' entry aii. Kenapa??? Pasal netbook aii kena jangkitan virus arghhhhh...
Semua jadi lemao... nak start window>> lemao, nak tengok video >> lemao, kalau masuk internet>> sedap-sedap aje, aii dah kena kick out dan terpaksa restart balik window aii. Huhhh..memang berangin. Kena lak, aii terlupa nak meng'update' antivirus, memang beranak -pinak dah dalam C drive aii.. Tensennya!!!!! *tarik-tarik rambut sambil buat muka tensen*
Nak re-format, terpaksa bawa kedai. Tapi paham je lah, dan nama re-format tu, maknanya semua benda alah yang aii install akan bye-bye gone...tensen untuk kali ke-2 lak.
Nasib baik aii dah ada back-up untuk semua files, gambo kenangan, lagu-lagu dan video aii. Tapi, nak download tu semua, memang berjam lah namanya. Aii memang sayang ngan segala file-file peribadi aii tu.Arrghhh.....tensen untuk kali-3.
Bila aii bawa pi netbook ke kedai, rupa-rupanya, warranty netbook aii tu baru je 1 minggu ended. Arggghhhhhh...tensen untuk kali-4
Dan bila aii dapat panggilan telefon dari HP service center, kata netbook aii dah OK, aii dengan hati gumbira pergilah ngadap depan kedai tuh.. "Miss, semua sekali RM80 untuk re-format" itulah kata technician HP tu. Aii dah tensen kali ke-5. Bukannya susah sangat nak re-format, aii pun pasal takde driver je nak buat, kalau tidak, aii buat sendiri.
Apapun, sekarang ni aii tengah pulun nak install apa-apa software yang patut. Huhuhu..