Ads

Friday, November 19, 2010

Rezeki di Eid Mubarak....

Pertama kali dalam sejarah aii, menyambut Eid Mubarak dengan penuh kesederhanaan. Rasanya, belum pernah lagi aii merasai kesederhanaan macam ni - tiada ketupat, tiada nasi himpit, tiada rendang malah tiada apa pun juadah istimewa di atas meja di pagi 10 Zulhijjah yang lalu. Lagipun, pada pagi tu, hanya aii, my doter and my sister sahaja ada di rumah.
Tetapi .....itulah yang dikatakan rezeki menggolek .. Amin..... Jiran sebelah rumah aii jemput kami bertiga datang beraya ke rumah dia. Wehhh..dapat gak makan ketupat, tosei (kuah dal dia sedap woooo) dan kemuncaknya >> makan laksa !!!! Sedap...sedap...... Lepas tu, pak menakan aii lak called, soh balik kampung aii kat Mengkuang...
Lunch dah dapat, petang sikit, jengah jap kat rumah mak menakan - Mak Ngah , PakSu aii sekeluarga pun ada. Wehh...dapat daging korban gakk.. tapi paling best, dapat dinner ngan relatives. Hidangan kami bersumberkan daging korban yang menunya ialah sup daging/tulang, daging rebus ngan air asam, ngan daging goreng kunyit .. perghhhhh ..walaupun hidangan nya simple tetapi , kena lak Mak Ngah ngan MakSu yang masak ...lelehhhhh.....
Aii nak abadikan gambar relatives aii - bukan senang nak dapat gambar macam ni lagi (saja nak bagi seorang tu yang dok kat Jerman tu jeles hahahahha). . Best wooo makan berhimpit macam nih..baru boleh bermesra. Jap..jap..baca doa makan dulu .. Apapun, buntal gak aii malam tu ..

No comments:

Post a Comment