Ads

Tuesday, September 28, 2010

Pot Luck Raya

Siapa pernah gi jamuan pot luck ? Alah..kira macam , jemputan kena bawa makanan dari rumah masing-masing. Memang best, pasal kalau kata ada 30 orang jemputan, maknanya ada 30 jenis hidanagn tersedia. Kalau kata ada 100 jemputan, ada 100 hidangan.. perghhhhh..... alah, takkan nak makan dalam kuantiti banyak, nak cuit sikit-sikit je. Ada 100 hidangan, memang tak habis nak merasa pun.
So, tempohari. my friends and aii rancang nak buat jamuan Hari Raya Aidil Fitri, tetapi diikutnya, ada ramai kaum hawa kat office mahu dijemput. Tak dijemput kang, ada yang kecil hati kang, tarik muka masam lak. Nak dijemput, budget tight pulak. Tapi kalau tak buat, kami ni nak gak beramah mesra dengan kaum hawa dari team yang lain. Kenal muka, tapi tak kenal nama - memang ramai.
Al-kisahnya, kami pun merancang nak buat jamuan Hari Raya ala pot luck . Maka bermulalah sessi menghantar jemputan via email, sambil tu diletakkan list makanan yang sesapa nak bawa pada jamuan tersebut. Hmm...seorang letak nak bawa ketupat, kendian ada sambungan orang lain nak bawa rendang ayam, lepas tu ada lak orang lain nak bawa rendang kerang, ada nak bawa spaghetti je, orang lain pula bawa kuah spaghetti bolognese dan at the end makin meraban menu yang nak disediakan pada jamuan tu, cakap pun tak guna, tengok je..campur lagi . Ada pula cupcakes yang ditempah special untuk jamuan nih .
Maka bermulalah operasi menyerang dan juga menyantap sambil dok berbincang tentang makanan yang ada dan sessi bertukar resepi - standard lah bagi kaum hawa. Tak ketinggalan gak, kami menjemput secretaries company yang mewakili 5 department yang besar - depa ni memang supportive ngan kewl - tengok tu Irene ngan gaya PDiddy hehehe... memang dia best. Aii seperti biasa, nak gak interframe, muka orang kenyang tuh, kalau ikut ular sawa, memang tahap melingkar Perut kenyang, hati senang

No comments:

Post a Comment