Ads

Friday, October 22, 2010

Pergi dengan bulan, balik pun dengan bulan

Bukan aii tak nak update entry dalam blog aii, sumpah.. aii nak. Tetiap hari, aii dok ketuk keyboard lappy nih lepas aii balik kerja, tetapi selalunya juga, muka aii dah imprinted ngan keyboard nih dek selalu sangat tersembam atasnya. Penatnya wehhhh....mungkin faktor usia agaknya ekk..
Mungkin gak aii ni yang terover-over kerja, sehinggakan pepagi sesudah subuh pukul 6 pagi aii dah ke ofis, dan baliknya bila jam digital tu dah tunjuk pukul 21.oo pm . Hmmmmm.. ibarat pergi kerja nampak bulan, balik kerja pun nampak bulan.
Hari tu, aii dapat balik awak kiranya dalam kul 7 malam, aii dah berada di kawasan Bangsar Utama.. hmmmm..macam ni rupanya kawasan tempat tinggal aii bila malam menjelang ekkk... cantik gak Apsal aii tak perasan pun sebelum ini. Hmm.. sejak pada hari itu, aii akan sentiasa melihat dan menghargai pemandangan alam sekitar samada di waktu pagi, tengahari, petang atau malam . Masya Allah.... cantiknya alam. Aii cuba melihat pemandangan dari perspektif mereka yang seperti baru pertama kali menjejak kali ke KL, dan di dalam pemikiran mereka mesti berkata...wahh...cantiknya....so beautiful. Memang aii tak menafikan langsung. Dan bayangkan, mereka yang kehilangan deria penglihatan, sudah tentu tidak dapat melihat suasana pemandangan seperti kita. Aii bersyukur kerana masih diberi rahmat untuk melihat dunia ini. Alhamdulillah.....

1 comment:

  1. betul tu kak.. bersyukur kita dpt melihat alam yg indah ini...

    ReplyDelete