Ads

Thursday, October 14, 2010

Jom Steamboat di Jom Priok...

Doktor dan pakar penasihat makanan mengatakan bahawa salah satu cara yang baik untuk mengawal berat badan ialah dengan mengurangkan makanan yang berlemak dan berminyak. Cara nak memasak sudah pastinyaa dengan merebus atau membakar makanan tu.. Jadi, bila aii dapat jemputan untuk makan steamboat, aii dengan secara automatiknya tanpa perlu berfikir lagi terus setuju. Ye lah...bila orang nak belanja makan, rasanya tak ada siapa nak menolak nye....
Jadi, setelah merancang selama 2 hari, dan I gak yang sibuk browsed dalam internet surveyed tempat makan steamboat yang halal, maka dengan jayanya I jumpa restoran steamboat yang located near to my office. Dulu-dulu, ada Restoran Kelana Seafood..tapi sekarang dah tutup. Dah ada bangunan lain dah menggantikan tapak restoran tu.
Ok..ok..balik semula ke cerita asal pasal makan steamboat. Jadi, my colleagues and I merancang nak bergerak ke sana selepas kerja..kira-kira dalam pukul 6.15pm . Jadi dalam 10 minit sahaja, kami dah selamat sampai ke Jom Priok yang terletak di dalam Giant Mall Kelana Jaya. Tak sempat aii nak ambil gambar depan kedai..pasal perut masing-masing dah mendidih lapar.
Jadi, pada malam tu, colleague aii belanja steambot buffet style - makan sampai muntah darah (itu yang colleague aii cakaplah). Maka, serangan atas makanan pun bermula.Curah semua balls ngan seafood dalam kuah sup dan tomyamCakap pun tak guna. Tengok dalam periuk yang kuahnya menggelegak...sama naik gelodak dalam perut kami...perghhhhh..udang terapung !!
Tengoklah kawan aii...makanan dok depan mata, memang confirmed dia tak akan toleh kiri kanan. Khusyuk ngan tawaduk sekali.. errr..err... yang pakai baju hitam tu still available. Sesiapa nak berkenalan, boleh lah contact aii... Itu Yow arr... jenis tak reti marah orang, asyik gelak je...kena marah pun boleh gak gelak lagi. Dan errr..err.... dia lah yang belanja aii pada hari tu. Kiranya makanan di sana OK.. ada ice cream - 6 jenis lagi. Ada ayam madu....ada nasi goreng Cina..buah...seafood pun banyak..kiranya acceptable lah. Dan er...kat sini ada bilik special yang boleh berkaraoke lagi..kami ingat nak berkaraoke, tetapi dah kenyang, jadi cam ular sawa je...dok melingkar atas kerusi
Thank you Yow... lain kali belanja aii lagi !!!!!!

3 comments:

  1. Kak.. mcm best je... nnt ila nak cuba lah... sbb ila mmg suka mkn stemboat!

    ReplyDelete
  2. Boleh..boleh...Iela boleh cuba. Ada website dia - try www.JomPriok.com boleh tengok mana tahu ada restoran ni yang berdekatan dengan rumah Iela :)

    ReplyDelete
  3. mcm best jer..nk try al buffet dier=)

    ReplyDelete