Ads

Wednesday, December 1, 2010

Sudah 10 tahun dah ye..

Hari berlalu, berganti bulan dan tanpa aii sedari, sudah lebih dari 10 tahun aii berkhidmat bersama dengan company aii bekerja. Hahaha..loyal habis . Tanya pada diri sendiri...apa contribution aii pada company ekk?? Rasanya banyak, mahu beruban dan mahu pecah kepala dibuatnya. Takpe..tak per .. keja nye pasal, redah je.
Jadi, sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, company tempat aii bekerja mengadakan service award dinner untuk pekerjanya yang bekerja lebih dari 10 tahun ke atas.
Tema pada malam tu ialah sesuatu yang glamourous. Alah, pada masa itulah yang pekerja operator pengeluaran nak melaram habis. Nak pakai baju bling-bling.Ye lah, pergi opis dok muka pucat je tak boleh sapu bedak , pakai lak uniform. Pada malam tu, perghhhh....tak kenal langsung. Rasa macam ramai artis dan model je (Ya Allah, ampunkanlah hambaMu ini kerana menipu waktu ini).
Aii pun, walaupun tak lah lawa sangat tapi hati tu teringin gak pakai pakai something glamour dan bling-bling heheheh.... mak suka nyahhhhh....
Jadi, bertempat di sebuah hotel di Subang Jaya , para pekerja Western Digital yang diraikan, beramai-ramai me 'glamour' kan diri masing-masing. Sambil-sambil itu, kami merapatkan perhubungan, sambil menjeling rantai dan gelang tangan emas di leher dan tangan sesetengah ladies *laff...laff* aishhh.. bukan kat kenduri kawin je boleh tayang rantai dan gelang emas.
Apapun, sebagai tanda penghargaan kepada pekerja-pekerja yang setia dengan company semasa naik dan turun (itu semasa recession period tahun 2009 dan 1999), company tempat aii bekerja telah menghadiahkan setiap seorang, seutas rantai emas bersama dengan loket yang tertera logo WD. Lagi lama bekerja, lagi tebal rantai tu. Pada aii, OK lah. Syukur Alhamdulillah. Bolehlah lepas rantai tangan raya untuk doter . Dan bukti menunjukkan aii bekerja selama 10 tahun >>


No comments:

Post a Comment