Ads

Tuesday, August 17, 2010

Puasa dalam demam

Sedar..tak sedar, hari ni masuk hari ke-7 umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Termasuklah aii yang tanpa disedari, demam selsema tak kebah dari sebelum puasa hingga hari ni. Sepanjang 7 hari berpuasa, aii dah demam 3 hari ..aishhhh..dugaan sungguh.
Hidung aii dah jadi cam Rudoplh, rusa krismas Santa Claus tu... iskkk. Sakit kepala tu, jangan cakap lagi...tahap agung dah tuh. Siap kalau aii berdiri, aii nampak kedudukan bumi ni 45 degree. Kalau aii berjalan, rasa cam tak jejak bumi. Tapi.....................posa tetap aii posa. Bagi aii, selagi memudaratkan aii sampai nak kena masuk hospital....aii goooooooo...teruskan berpuasa. Setahun sekali wehhhh!!!
Iskk...masa sakit inilah tetiba aii jadi sayu dan syahdu teringat arwah bonda...iskk..iskk.. Kalau arwah bonda masih ada, nanti dia urut-urut dan taruk-tarik rambut bagi buang angin. Tentang makan, nanti arwah bonda akan buatkan sup yang letak rempah banyak-banyak....ala, macam sup mamak Restoran Pelita kat KLCC tu. Badan confirmed berpeluh, silap haribulan dalam beberapa jam je, demam ke, sakit kepala ke terus kebah. Huhuhu...rindunya kat arwah bonda. Hanya surah A-Fatihah dapat aii iringkan dalam doa untuk kedua arwah bonda dan ayahnda setiap kali selepas solat.
Nak kerana nak meng"update" blog walaupun dah tahap ketinggalan zaman, harus jugak aii gagahkan diri untuk menaip, walaupun aii nak angkat jari pun tak larat. Apapun, doakan aii cepat sembuh, dan seterusnya aii dapat masukkan entry aii setiap hari, takpun 2 kali sehari ye....

No comments:

Post a Comment