Ads

Thursday, August 5, 2010

Bulan puasa dah nak mai....

Insya Allah, ada lebih kurang 6 hari lagi nak masuk bulan Ramadhan. Memang inilah bulan yang paling aii suka. Bulan yang semua umat Islam boleh kutip points bebanyak antara semua bulan dalam setahun. Harap-harap tahun ni, aii dapat beribadah dengan sempurna bersama dengan keluarga tersayang...kesian kat doter aii je...dia dok jauh dari aii tahun nih huhuhu...
Tak sabar rasanya nak balik berpuasa di kampung halaman aii di Kedah. Terasa cam flashback ke zaman masa aii belum cukup umor. Kiranya kalau tak puasa pun, tak payah ganti..Tapi yang tak bestnya, arwah bonda suka masak sedap-sedap masa berbuka. Perghhhh...4,5 lauk terhidang atas meja..tak campur lagi ngan kuih lagi. Tapi siapa yang tak berpuasa, arwah abah tak bagi berbuka sekali, kena tunggu wehhhh sampai semua orang dah halfway makan, baru boleh join. Tobat aii..semenjak hari tu, aii memang berpuasa habis. Sumpah...tak bohong. Tak payah nak bodek kata nak bagi upah duit raya. Tak jalannya ..pasal zaman aii kecik-kecik dulu, semua budak-budak bukannya materialistik.
Sebut pasal Arwah bonda, memang arwah pakar memasak..anaknya yang ni sahaja yang malas nak timba ilmu dulu. Kalau tidak, udah tentunya, 4atau 5 lauk yang dimasak sendiri terhidang untuk juadah berbuka. Tak macam sekarang...4,5 jenis lauk yang dibeli di bazaar Ramadhan jee...
Rumah tempat aii dan siblings aii membesar
At last, tumbuh gak rumput carpet kat halaman rumah. Dulu aii punya la susah payah cangkul buang rumput yang banyak kemuncup tu, pasal aii target nak tanam rumput carpet. Nak bagi rumah lawa..jadi bila laman rumah dah togel, aii pun penuh semangat tabur biji benih rumput carpet nih. Cehh...sekali datang burung-burung pipit berduyun-duyun datang serbu rezeki yang tak dijangka ni. Sebiji macam ayam-ayam kampung serbu nasi sejuk .
Mahu melolong aii...punah cita-cita nak ada rumput carpet. Luckily, my neighbour mengetahui niat aii, dia pun passed lah 3,4 tompok rumput carpet kat aii. Maknanya , aii kena tanam, sebaris-sebaris. Kulit aii jangan katalah, rentung dek bekerja dekat 2 minggu tengah panas terik. Tapi hasilnyajangan tak percaya, rumput ni aii dah tanam dekat 20 tahun, baru jadi macam nih...tak subur kot tanah nih ekkkk
Dan bunga paling aii suka tanam nih, orang panggil bunga jepun..kiut je. Macam-macam kaler.
Dan nak menanam pokok bunga Jepun ni pun, perlukan kesabaran pasal ini makanan kegemaran "snails". Tahu-tahu bangun pagi je, batang pokok ni dah tumbang

No comments:

Post a Comment