Ads

Saturday, August 7, 2010

Benda apakah ini??....

Recently, counterpart aii, Steve Crochiere dari States turun ke Malaysia. Kalau dia datang, memang aii ngeri ..bukan sikit lagi dah..berlambak-lambak punya ngeri. Colleagues aii siap nak apply cuti sepanjang Steve nih ada kat Malaysia. Jawatannya sebagai Director, memang lah agak seram sejuk sikit. ..... However,dia seorang yang sangat cool. Dia tak meletakkan dirinya ke tahap yang tinggi sehingga orang bawahan tak boleh nak approached dia. Pepagi buta, dia dah tercacak berdiri sebelah meja aii dengan senyum lebar. Dan aii pun akan tertunduk-tunduk kepala...bukannya apa, mata aii silau dengan biasan cahaya lampu di kepalanya yang licin tuh. Aii curioused gak, tanya dia tu natural botak atau apa..dia bagi tahu, dia shaved kepala dia 3 hari sekali hehehe...kiranya dia nak buat gaya ala Hitman ler tu
Steve nih, kiranya easy going, semua on je kalau ada outdoor activities. Memang suka sangat hal-hal mendaki. Jadi, masa dia datang ke sini, kami rancang nak bawa dia mendaki ..bukit je. Tahap stamina kami setakat bukit je, belum cukup skill panjat gunung macam si Steve nih. Tapi orait lah...bawak je, dia pun tak kisah. Tapi aii last minute ada hal lain pulak, jadi tak join sekali expedition Steve nih.
Kawan aii bawa Steve naik hutan yang dekat-dekat Zoo Negara tuh. Tak tahu lah aii, hutan mana satu yang dia pergi. Confirmed kawan aii tu redah je bawa...bukannya Steve tu tahu pun hehehe.
Sepatutnya tujuan ekspedisi ni ialah untuk melihat matahari naik - maknanya time Subuh kena ada sana. Steve ni tak kisah lah, pukul 4 pagi dah exercised kat gym. Kawan aii ni lak yang terbabas tido. Tapi mat salleh ni positive thinker, semuanya "it's OK...."
Jadi, masa sepanjang mendaki bukit dan jungle tracking nih, memang Steve teruja lah...ye lah..kat San Jose, hutan bukit dia berlainan sedikit. Jalan 100 meter, dia berenti ambil gambar...jalan sikit lagi, ambil gambar..dan yang paling dia teruja bila tengok cendawan nih..katanya..unique sekali. , bagi aii pulak cendawan nih sempat gak wat crochets. Sejuk kot dok dalam hutan tuh. Tapi itulah yang dikatakan ciptaan Allah S.W.T . Bila bukak Wiki, terjumpa lah spesis cendawan nih - basket stinkhorn namanya. Hanya terdapat di Asia Tenggara je...dalam Wiki tu dinyatakan yang cendawan ini boleh dimakan dan popular di kalangan kaum Cina, tetapi harganya agak mahal. Hehehe..kalau aii tahu, dah lama aii keliling hutan tu cari cendawan nih. Boleh la, buat lepas belanja dapur. Yang aii hanya tahu pasal cendawan kayu yang jenis halus-halus tu, bila digoreng dengan serbuk jintan... perghhhhhhh..
Dulu orang-orang kat kampung pendalaman je makan pasal boleh dikutip kat batang-batang kayu lepas hujan - kiranya bahan mentah free, tapi sekarang nih taraf dah diangkat tahap hotel. Satu pinggan pun dah cecah RM10. Iskkk..nak bukak bisnes cendawan lah

No comments:

Post a Comment