Ads

Wednesday, June 23, 2010

Sate best

Baru-baru ni, aii terasa teringin sesangat nak makan sate.. Memang sate ni sedap dimakan, tapi kekadang tu bengang gak pasal terlalu ramai yang nak jual sate, derang tak ambil port tentang kualiti rasa. Pernah aii beli sate kat nearby to my house, rasa cam makan 'minyak gas'. Daging sate nya rasa tersangatlah 'plain' so kiranya aii dah blacklisted la penjual sate tuh.

Masa aii kecik-kecik dulu, arwah bonda aii akan buat sate untuk jamuan birthday abang dan arwah abah. Self-made !!! Bagaimana arwah bonda akan perap daging ayam ngan daging tu dari pagi sampai petang....perghhh..bayangkan segala rempah jintannya dah mesra ngan daging.. sedap .... Itu lah kualiti yang aii carik bila aii nak makan sate..

Buat masa ni, sate yang menepati citarasa aii ada 2 tempat je - satu kat Sungai Petani dan satu lagi kat Seksyen 7,Bandar Baru Bangi.

Peniaga ni dok jual sate depan Restoran Sup Urat Ketin. Satenya memang perghhhhhhh. Aii tak de nak komplen. Sate ni di'grilled' on the spot, bukannya dibakar tempat lain, dan dipanaskan kat gerai.

Harganya satu cucuk 60sen, tetapi potongan dagingnya berpatutan dan agak besar. Kiranya berbaloi lah. Dagingnya memang lembut, kena pula ada bahagian yang ada lemak tu, memang aii sukaaa........ (",)..saja nak tambah lemak di badan!!!!
Kalau tak mau makan sate, boleh try sup kat Restoran ni. Orang kata sedap... salah seorang peminat sup ni khabarnya Dato Dr Fadzilah Kamsah. Tapi aii tak pernah try lagi.. Insya Allah, one day aii nak cuba..
Tapi bila aii datang sini, aii tetap terlupa nak try sup kerana godaan bau satenya !!!!!


No comments:

Post a Comment