Ads

Sunday, June 27, 2010

Pink Coach....

Uih...betul ke penumpang Pink Coach KTMB tu dah 35,000 orang semenjak dilancarkan 2 bulan lepas? Depa dah tolak dengan sesetengah kaum Adam yang buat tak paham bahasa dan terus masuk menyelit dalam Pink Coach tu ??
Aii tak pernah naik Pink Coach KTMB lagi, pasal tak de tuntutan nak gunakan lagi.., tapi dok dengar orang cerita pasal koc nie.. termasuklah ngan bro in-law aii... yang kejanya jadi pilot KTMB.
Walaupun, koc ni dikatakan untuk pompuan, tapi dok dengar orang cerita, ada gak lelaki yang buat tak paham dan redah masuk dalam Pink Coach ni. Takde kesedaran sivik betul lah. Kalau yang tersilap dan tak tahu tentang prosedur Pink Coach ni, masih dimaafkan lagi.......... tetapi kalau dah ada orang beritahu kat depa ni, tapi depa ni masih buat muka toyo... memang patut kena humban dari koc ni je
Cakap pasal ni, aii teringat bro in-law aii cerita, masa tu, ada seorang petugas KTMB dalam commuter train dapat tahu ada lelaki dalam koc wanita nih..so, insiek petugas ni pun pergilah kat mamat ni... Dia cakap " Encik... koc ni untuk wanita sahaja...orang lelaki kena guna koc biasa".. and that guy buat donno .. huh..attitude yang betul-betul bagi semua orang berasap..
Insiek petugas ni pun beritahu dengan penuh hormat meminta mamat ni keluar dari koc itu.. dan mamat ni pun berulang kali buat donno.
Kendian, bila tren dah nak sampai ke stesen yang mamat ni nak turun, mamat ni dengan selambanya kata kat insiek petugas ni " Oh, koc ni untuk perempuan je ye". Maka dengan selambanya insiek petugas ni balas balik "Kenapa ? Encik ingat encik dalam Syurga ke tadi??" Hah!! Served him right.. .
Kalau aii ada kat situ..memang aii dah rah..rah....jadi cheerleader untuk insiek petugas tu. Kalau anda berada semasa insiden ni, apa yang anda akan lakukan........


1 comment:

  1. ngah3....patutnya suruh semua org tgk mamat tu..
    bg dia malu sket...

    ReplyDelete