Ads

Saturday, June 19, 2010

False eyelashes.....

Hari ni, aii nak citer tentang aktiviti kesukaan aii....exercise dengan cara window shopping.. benda ni memang ghalit...tahu-tahu dah keliling satu Midvalley, berapa kilometer dah jalan pun tak perasan. Tapi aii adalah insan biasa.. kekadang tu terbabas juga intention nak ber 'window shopping' dah tertukar jadi ber'shopping' ...
Hari tu masa weekend, aii gi MV... pasal aii nak cari novel 'Paradise' dari Judith McNaught. Rasa-rasanya, aii dok mencari novel ni kat MPH la..Kinokuya la.. ada la dekat 1 tahun tapi tak jumpa gak.. Sebenarnya, aii pernah beli novel tu sebelum ni, tapi dah hilang. Dah tak ingat siapa yang pinjam tak reti nak pulangkan balik.. Sedih weyyy...jalan cerita dia memang best...aii selalu berangan yang aii jadi heroin dalam novel tu.. ada hubby yang handsome, macho dan kaya lagi romantik hehehe..kan aii kata..berangan jeee......

So, masa on the way menuju MPH, aii terlalu depan Shu Uemura boutique yang memang famous ngan false eyelashes nya. Secara automatik, aii teringat Rozita Che Wan .. dan tetiba je, aii gatai nak try pakai false eyelashes, ..mana tahu jelingan dan renungan aii boleh jadi ngancam cam Cik Rozita.. kan.......After all, there is always a beginning in our life....

So, aii terus sambar 3 sets. .. tamak aihhh....

Malam tu, aii attended dinner..ngan kawan lama aii masa belajar dulu. Aii pun cuba-cuba pakai bulu mata palsu nih..hehehe aii rasa cam tak sesuai lak pasal aii rasa mata aii dah jadi cam mata unta

Apa pun, aii rasa aii tetap gorgeous tanpa false eyelashes...memang Allah dah cipta semua makhluk Nya dengan sempurna.. Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment