Ads

Friday, June 18, 2010

Malaysia talak miskin....

Aii bukan dengar ceramah politik atau nak berpolitik dalam blog ni... Tapi ini kisah benar, yang buat aii terpikir 4,5 times, since 7.45 pm till now...

Kisah bermula, bila ada sorang nyonya naik bas sekali dengan aii. masa aii balik dari ofis. Mula-mula, semua penumpang bas tu termasuk dengan aii dok melayan jiwa masing-masing, bila tetiba nyonya tu membebel sensorang..nada suara kuat gak, jadi aii pun turut menyibuk nak dengar apa yang maknya tu dok berletiaq. Boleh juga ada topik untuk aii popetz dalam blog ni

"Mahathir manyak baik ooo...dia tunjuk kat Jepan, kita juga kaya.. Saya pun kaya...tapi pasal dulu-dulu Jepan bawa saya masuk Malaysia, saya mahu Jepan bayar balik sama saya untuk balik China.. Malaysia talak miskin....."

Dan bila aii naik LRT Kelana Jaya, maknya tu pun ada sekali... dan sekali lagi, dia memperjuangkan 'Malaysia talak miskin....saya nak Jepan bayar duit pada saya balik China" di dalam koc LRT.

Public just laughed at her, but as for me, walaupun maknya tu menghadapi masalah 'short circuit' di sel-sel dalam kepala dia, tetapi semangat patriotiknya berkobar-kobar dalam jiwa raga dia.
Sesungguhnya, aii terkedu.................

No comments:

Post a Comment