Ads

Saturday, July 17, 2010

Cik-cik Nyet...

Hari Sabtu lepas, doter ada event kat OneAcademy in Penang. Ada drawing competition, and kebetulan,my doter ni memang minat art...So, aii sebagai ibu yang penyayang pun ikut sekali, nak beri support lah.. my abang, my akak ipar and their 2 sons came along.. sib baik ada mereka..kalau idak, memang tak sampailah doter aii kat OneAcademy tu..dan muncung dia nanti akan panjang cam muncung tenggiling untuk 3,4 bulan......
So, after dia dah masuk dalam bilik 'kurungan' melukis tu, aii followed my brother and his family jenjalan ..dah terawal sangat kat Penang tu, dan shopping malls hanya buka pukul 10am, kami pun pergi ke arah Botanical Garden. Lama gak tak pegi sana....last sekali pegi masa aii kecik tet, .. tinggi aii pun masa tu sama tinggi dengan cik-cik nyet, penghuni tetap Botanical Garden. So, aii tak tau pun, sekarang ni kena park kereta jauh....kendian kena jalan kaki masuk.. belum sampai entrance, peluh dah meleleh.
Bila jejak je masuk dalam BG nih, secara auto..rasa sayu..teringat kat arwah mak abah. Pasal last time aii datang sini, dengan mereka....dan kali ni aii datang dengan nephews dan their parents. Aii jenjalan slowly.. tengok pavilion, rasa cam dok zaman P.Ramlee je dalam cerita mAsam-Masam Manis... tapi itu kat Zoo Negara kan..isskk...nostalgia....


Jenjalan menyusuri BG nih...iskkk..iskkkk..teringat zaman dolu-dolu. Dok dalam kereta, sambil arwah abah drove pelan-pelan, menikmati flora dan fauna
Ni , aii sesungguhnya tak tau pokok apa..tapi tengok dari ukurlilit batang pokok nih..rasanya sama baya ngan umo BG. hmmmmm
Kendian aii jumpa pokok nih... my nephew kata pokok Ben10
dan nama pokok ni pula kebetulan nya ialah "Cannon Ball". Aii tak tau lak naper namanya gitu..tapi dekat hujung akar tu ada keluar bulat-bulat cam bola..dan meletup jadi bunga...heheh...pokok yang skema

Aii jenjalan lagi....dan jumpa musuh lama---- >>> cik-cik nyet. Huh...nih mesti dari keturunan yang kejar aii masa kecik dulu. Muka sepesen je

Ni nampak je baik...tapi cuba dok tengah pegang benda makan...memang tak cukup bumi nak lari dek kena kejar.
Aii pun jenjalan lagi, ada cik nyet tengah posed..gaya macho gitu..
Aii amek gambar jee..saja nak test camera hp.... hmm..bagus gak quality pic nih..
Hmm.. apa pun, I had fun kerana perut I sengkak dengan makan macam-macam. Dan yang paling best, dapat pekena nasi kandar Kassim depan Gamma. Nasi Kandar ni dah lama...dari zaman omputeh lagik kedai ni dah ada... arrghhhh...nostalgia lagik

No comments:

Post a Comment