Ads

Tuesday, July 6, 2010

Meeting??..meeting!!...meetinggggggg......

Sebut pasal meeting, rasanya pasti ramai orang rasa lemao...lemah...kurang berkhasiat.. kena mesyuarat PIBG, koperasi, sukan, kelab ke..huh....tambah pula masa tu, pepagi hari tika baru kita nak warm up kat office atau dah masuk kul 4 petang..Tapi, tak kira lah, kalau mesyuarat tu best ke tidak, peraturan dan adab dalam mesyuarat tu tetap kena jaga..

Rasanya, memang dah termaktub, peraturan yang sering kali dapat dilihat semasa mesyuarat berlangsung- samada 'off' handphone atau activate kan silent mode. Tetapi jarang sangatlah orang nak ikut.. Aii tak tahu purpose derang tu kenapa...samada nak tunjuk derang tu ada handphone??? Kalau sekali buat, mungkin boleh dimaafkan..terlupa lah kot. Tapi kalau setiap kali masuk meeting, dok pasang volume handphone tu kuat-kuat...berangin gak...rasa sungguh kurang sopan. Sebut pasal orang yang terlupa, aii teringat satu kes yang berlaku pada my colleague. Pagi tersebut, quite unlucky day for everyone who attended the meeting. Tengah best-best dok bermesyuarat, our VP entered the room and joined us. Semua orang dah qapla jingga..dah tengok muka VP cam kelat je..kena pula masing-masing tiada pertahanan diri pada pagi tu. Untuk dijadikan cerita syahdu, semua orang tak kira snr manager...managers ke engineers ka dapat habuan masing-masing. Memang best.......perasaan malu kena marah dengan boss depan khayalak ramai pun tadak...pasal semua orang dapat sedassss....muka tonyok jeeee

Memang sunyi-sepi dalam meeting room tu, uk tidak...ik pun tidak, bila tetiba keluar

It's my life
It's now or never
I ain't gonna live forever
I just wanna live while I'm alive

Perghh...ada lak keluar lagu It's My Life dari Bon Jovi masa tengah kena marah...Macam nak melawan je lirik dia. Naa..aih..haihhh sapa yang tak activate hp ke silent mode. Jadi, al-kisahnya ,my colleague la yang jadi culprit nih, dok tersengih-sengih ngan muka gelabah baru nak turned off ringing tone. Nasib baik VP diam aja...kendian dia mula tersengih dan anggukkan kepala dia... faham kot maksud lirik tu. Yang orang lain semua, dok tertunduk tahan gelak...bukan apa..tak terkata ngan attitude kamikaze kawan aii yang sorang tu.

Moral of the story, kalau dapat boss yang memahami tak apa.... kalau tidak, siaplah korang nak kena **** dengann boss... Jadi, paham-paham je lah salah satu protokol ketika bermesyuarat..

P/S: Aii sangat sayang dan salute habis VP aii tu. Salah seorang orang yang aii respect dalam company nih...




No comments:

Post a Comment