Ads

Friday, July 9, 2010

Potong Q....

Sebut pasal potong Q, rasanya semua orang mencik dengan pemandu yang tak bertata-susila di jalan raya. Mana tak berasap jiwa dan raga, bila punya la panjang dok beratur, kena pula tengah panas rembang....senang-senang ja orang nak potong turn kita. Kalau naik keta dengan kakak aii, memang dia akan hamboq punya..
Sepanjang aii dok naik keta ngan arwah abah aii, memang kena ikut undang-undang jalanraya. Jangan dok buat jalan tu macam jalan sendiri. Kalau tak boleh nak ikut undang-undang, tak payah pandu kereta. Bukan kita sorang je bayar road tax, orang lain pun bayar gak. Jadi, kena share-share lah ek....
Tapi, rekod bersih aii yang selama ni ikut undang-undang tercemar, bukan pasal aii potong Q tapi disebabkan aii naik kereta yang dipandu oleh kawan aii yang tak berhemah dan mempunyai nilai murni nih. Aii gelarkan dia si Giant Doraemon.
Aii memang akan naik kereta dengan si Giant nih dan kawan aii yang lain kalau nak gi lunch kat luar office. Si Giant nih OK orangnya, jenis kepala gila-gila....jadi kena paham-paham je lah ikut rentaknya. Sekali dua dia dok potong Q, aii dengan kawan aii lagi sorang ni senyap lah.tapi kami ni siap sorok muka dari dilihat oleh pemandu-pemandu kereta yang dok tengah Q. Walaupun bukan aii yang drive..tapi perasaan bersalah tu tetap ada.
Bila dah kerap sangat potong Q, aii dengan my friend berpadu tenaga popetz kat Si Giant nih. Dia gelak ja, ceh..memang jenis tak akan amek port dengan apa yang kami dok bebetz. Tapi bila kerap sangat kena bebetz, dia pun rasanya tak tahan lah kot.Maka Si Giant ni bagi tahu kat kami berdua alasannya yang tersendiri, mengapa dia selalu potong Q. Ini alasan dia - ikut cara dia bercakap lah: -
1) "Semasa saya bersekolah dahulu, cikgu saya pesan bahawa masa itu emas dan kita tak boleh bazirkan masa kita. Maka disebabkan itulah, saya mengambil keputusan untuk memotong Q kerana saya tidak mahu membuang masa saya di jalan raya"
2) "Saya cuba mengurangkan pencemaran udara di muka bumi ini. Tahukah, bila kereta kita membakar bahan api, ianya akan meningkatkan suhu dunia. Sebab itulah saya berusaha untuk cepat sampai ke tempat yang hendak dituju, agar saya dapat mengurangkan penggunaan bahan api"
Arggghhhhh....rasa cam nak tarik je rambut dia bila dengar alasan yang dia kemukakan. Memang alasan tu cam logik...tapi dah kedengaran berputar-putar dan berbelit-belit. Kalau semua orang dok bagi alasan cam ni, huh......hancur....

No comments:

Post a Comment